Poster Propaganda

Salam sejahtera para pembaca KAOS!

Dah lama laman KAOS! tak dikunjungi pembaca & penulis. Mungkin kesibukan duniawi menganggu perjalanan mengembangkan blog KAOS! ke taraf paling agung.

Jadi bagi mengembalikan zaman kegemilangan KAOS!, kami paparkan beberapa hasil kerja dari AbgZam selaku penulis yang diserap di atas hasil kerja beliau yang sangat power power.


"Sejak kebelakangan ni, abang cuba mendalami vektor ala propaganda atau poster. Vektor poster lebih mencabar kerana ketelitian & ketepatan geometrik sangat penting. 

Ni adalah beberapa poster abang dah buat. Harap harap ada kompeni mintak izin kat abang nak jadikan sticker atau baju t-shet. Bisnes pun jadik. Hewhew"

 - Abang Zam









Fotografi : jejak pertama

IMG_2623 copy

Automotif dan fotografi jikalau di kaitkan, ibarat isi dan kuku , bagai pinang dibelah dua , ibarat aur dan tebing.

IMG_3025

Laju atau duduk terdiam sesebuah kereta itu bukan menjadi masalah, dgn kehadiran seni alur badan sesebuah kereta , ianya pasti mencubit hati jurufoto untuk mengambil masa untuk mengolah gambarnya, tetapi adalah sudah menjadi lumrah alam apabila enjin berdengung , pasti membuatkan si jurufoto lebih berahi menunggu utk melepaskan pengatup/shutter.

IMG_6227

Melalui hubungan internet , kita mampu berkongsi ketagihan fotografi , ketagihan automotif , kerana bukan semua mampu menumpukan masa dan kewangan utk kesemua minat mereka , melalui orang lain , kita mampu melempias nafsu terhadap sesuatu perkara.

IMG_2611

Naik turun naik sukan permotoran juga mampu bergantung kepada sang kamera, jika diolah dengan betul
gambarnya , pasti mampu memetik muda muda mahupun membuat golongan veteran kembali semula.

IMG_0478 copy2

Perjalanan seseorang jurugambar sukan permotoran kadang kala bermula dari tempat yang tak kita semua tidak mampu menyangka. siapa tahu , ianya mungkin bermula dari individu itu hanya meminati mengambil gambar still , landscape mahupun potrait . mungkin ngauman enjin 8 banger itu yang menarik beliau , atau mungkin hanya dari enjin pekak levin 86 empat throthle individu.

sandwich time.

kadang kala ianya agak lucu , bila difikirkan , seseorang itu tidak memikir panjang dan mula mencampakkan
diri dia sendiri juga ke dalam dunia permotoran. Hanya bermodalkan keghairahan dan minat dan mungkin juga kebodohan. kerana harus di ingatkan juga bahawa , drift dan fotografi itu adalah penyakit yang datang dari nafsu manusia sendiri. kemahuan yang lebih dari keperluan.


Komik Grafik Zint : Under 18 Elite

Majalah GEMPAK Starz pada tahun ini cadangnya nak banyak release buku komik grafik & semua komik adalah fresh & ada tema tema tertentu. Setiap pelukis komik grafik dari GEMPAK Starz dah pun berhempas pulas menghasilkan buku komik grafik bagi tahun 2012

Zint
 
Dan bagi aku, Zint adalah salah seorang pelukis komik yang sangat aku kagum. Walaupun Puppeteer mengunguli tempat pertama dalam hati dengan teknik stroke tebal & pekat, tapi Zint sudah semakin matang dalam menghasilkan karakter komiknya. Kalau dulu Zint menghasilkan karakter yang bulat & banyak lengkung, sekarang Zint lebih hasilkan karakter & teknik stroke yang lebih halus & tajam. Serius, kalau dulu Zint sangat gagal dalam bina watak awek yang body solid & hawt, tapi sekarang dah ada kemajuan

Perhatian kepada peminat abang Zint! komik grafik terbaru beliau dah pun release!
 
Aku akan tampilkan komik grafik Zint terbaharu, Under 18 Elite. Kisah atau summary aku tak nak cerita. Kau boleh beli dekat GEMPAK Store, atau pun pergi 7E. POPULAR pun ada jual

Di bawah adalah koleksi UNDER 18 oleh abang Zint


2012
2010

2009
2008


2007

2006
2001



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...