Stop Motion Vs Cutout Animation

Teknik pembikinan filem stop motion dan cutout animation yang telah lama dipopularkan oleh penggiat animasi, filem pendek dan independen tidak lama dahulu kini kembali hangat dalam kebanyakan klip video, iklan dan siri animasi televisyen.

Apa tu stop motion?


Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu, ia bermaksud 'menghentikan gerakan'. Stop motion adalah teknik membuat animasi di mana sesuatu objek fizikal atau gambar dirakam pergerakan-pergerakan kecilnya lalu dimainkan keseluruhan gerakan kecil tadi membentuk suatu ilusi pergerakan yang berterusan. Contohnya seperti klip video terbaru Coldplay, Every Teardrop Is A Waterfall. Biasanya teknik stop motion dikaitkan dengan animasi yang kelihatan 'dark' seperti dalam klip video lagu Us oleh Regina Spektor dan lagu Are We Still Married oleh band His Name Is Alive.

Di antara beberapa nama yang terkenal di kalangan penggiat animasi stop motion adalah Jan Svankmajer, Brothers Quay dan Tim Burton. Jan Svankmajer dan Brothers Quay lebih banyak menumpukan kepada filem animasi pendek yang bersifat surrealisme. Manakala Tim Burton di awal pembabitannya dalam dunia perfileman, banyak menghasilkan filem animasi stop motion, salah satunya adalah Vincent. The Nightmare Before Christmas dan Corpse Bride adalah di antara filem-filem stop motion karya Tim Burton yang berjaya mengangkat namanya sebagai pengarah filem dalam kelasnya yang tersendiri.

Rancangan kanak-kanak juga tidak terkecuali dengan animasi bebentuk stop motion ini. Salah satu siri animasi kanak-kanak terawal yang menggunakan teknik ini adalah Gumby. Tanah liat (plastersin) atau puppet biasanya digunakan untuk memudahkan perubahan-perubahan gerakan yang dilakukan untuk membentuk keseluruhan cerita. Hari ini, teknik stop motion telah dimanipulasi dengan berbagai cara termasuk seni grafiti oleh BLU. Sila tonton video di bawah. Sangat menarik bukan?



Apa pula yang dimaksudkan dengan cutout animation?

Animasi Cutout adalah satu teknik untuk menghasilkan animasi yang menggunakan latarbelakang, props dan karekter yang rata. Rata bermaksud bahan-bahan yang digunakan biasanya dipotong daripada kertas, kad, fabrik ataupun gambar/foto. Quirino Cristiani dari Argentina dipercayai adalah di anatara pelopor terawal filem-filem animasi animasi cutout. Contoh animasi cutout yang terkenal sekarang adalah siri tv kanak-kanak, Wonderpets.

Hari ini, animasi cutout sering dihasilkan menggunakan komputer, dengan imej yang telah diimbas atau grafik vektor mengambil tempat bahan-bahan fizikal lalu dipotong. Siri South Park adalah satu lagi contoh yang ketara (walaupun episod pertama telah dibuat dengan cutouts kertas sebenar). Selain itu, siri Anaconda Angela dan Charlie and Lola juga menggunakan kaedah yang sama tetapi telah dipermudahkan dengan penggunaan perkakasan komputer seperti Maya dan Corel Draw. Salah seorang penggiat animasi terkenal yang masih menggunakan teknik cutout tradisional adalah Yuriy Norshteyn.


Kesimpulannya, stop motion dan cutout animation adalah saling bergantungan. Stop motion merujuk kepada teknik animasi di mana pergerakan-pergerakan kecil yang dirakam lalu dimainkan keseluruhannya membentuk suatu penceritaan. Cutout animation lebih sesuai dikatakan sebagai teknik penggunaan bahan yang bersifat rata (seperti kertas dan bukannya boneka atau elemen fizikal 3D) sebagai props dan karekter dalam penghasilan animasi bersifat stop motion.

Video-video di atas menonjolkan variasi dalam animasi stop motion. Graffiti oleh BLU adalah teknik yang sangat kreatif selain teknik cutout yang digunakan dalam siri Anaconda Angela di atas.

Bagi yang berminat, mungkin anda boleh bikin pula video perkahwinan atau merakam apa-apa saja momen menarik dengan teknik yang telah kami paparkan kali ini. Pasti ada kelainan dan lebih unik hasilnya.

Pop Art

Pop Art, atau singkatan Populart Art yang terkenal pada pertengahan tahun 1950 di Britain & penghujung 1950 di United States..Pop Art juga di salah erti sebagai Fine Art..Pop Art sangat terkenal pada masa dahulu kerana memberi cetusan baru kepada seni lukisan pada masa itu

Pop Art terhasil ketika peperangan Britain (maafkan jika tersalah) yang memerlukan sebuah bentuk advertisment yang mampu menarik perhatian anak muda untuk join menjadi askar..bentuk bentuk iklan yang mendorong anak muda menjadi askar merupakan langkah pertama yang sukses & kemudian, bentuk advertismen yang menggunakan teknik yang sama di implementasikan di masa seterusnya 

Pelukis Pop Art yang terkenal pada masa dahulu seperti Pablo Picas o, Marcel Duchamp, Man Ray & Kurt Schwitters. setelah Pop Art menjadi fofular pada 52-an, elemen lukisan American menguasai Pop Art & ianya dipelbagaikan
  
Selain dari itu, Pop Art juga berfungsi sebagai komik strip, advertismen, poster & buku panduan..kerana ketiadaan DSLR pada masa dahulu, lukisan manual Pop Art menjadi medium penyampai maklumat yang rare..so, now you know

Marilyn Monroe




Jadi, ini ialah serba sedikit ilmu tentang Pop Art..jadi, bila orang tanya tahu tak Pop Art atau tak, tidak lah ternganga kosong..di update yang lain, KAOS akan menceritakan akan WPAP POP ART pula..keep in view


#Tuts Basix : Tulisan yang Kedalam

Kali ini, KAOS ingin cuba memberi sedikit ilmu duniawi kepada pembaca setia KAOS..benda bagus kena lah disebar betul tak? jadi kali ini, KAOS ingin buat tutorial basix kepada pembaca

Tutorial basix adalah tutorial yang hanya menggunakan kemahiran asas seperti layer, tools, filter & teknik layer style..ini merupakan langkah pertama bagi mendalami ilmu Photoshop..setiap teknik basix dapat di implementasikan dengan teknik yang lain dengan tepat sekiranya mengikut langkah yang betul




Rajah diatas merupakan contoh yang telah berjaya menggunakan teknik basix dengan tepat..setiap langkah yang digunakan adalah asas asas



Step 1

Create new layer & tetapkan lebar 500 x 500..klik OK












Step 2

Create new layer dengan klik bahagian bawah layer..kemudian pilih tool Pain Bucket (G) & warna asas adalah Hitam & Putih..rujuk rajah sebelah




















 
Step 3

Warnakan canvas dengan warna hitam..kemudian tuliskan perkataan yang anda suka sebesar besar alam..rujuk rajah sebelah














Step 4

Pada layer tulisan KAOS/perkataan anda, anda akan nampak antara Opacity & Fill..kurangkan paras Fill daripada 100% kepada 50%..rujuk rajah sebelah















Step 5



Right Klik pada layer KAOS/perkataan anda, kemudian pilih Blending Option atau double klik pada layer tersebut..paparan di atas akan muncul



Step 6

 

Selepas itu, klik pada Inner Shadow, kemudian ikuti butir butir seperti rajah di atas

Blend Mode : Normal
Opacity : 75
Angle : 90
Distance : 4
Choke : 12
Size : 6



Step 7

  
Kemudian, klik pada Stroke, ikuti butir butir seperti rajah di atas..ini bagi menampakkan bentuk perkataan KAOS/perkataan anda..pilih warna yang cerah..putih atau kelabu seeloknya

Size : 1
Position : Inside
Blend Mode : Normal
Opacity : 73
Fill Type : Color



Produk

  

Di penghujung proses, anda boleh lah bubuh watermark anda sebagai authoriti itu hak milik anda yang punya..jika anda tidak puas hati, boleh tukar warna hitam jadi pink ke, merah ke, mengikut warna kesesuaian



Apa apa pertanyaan boleh di ajukan di ruang Comment, & Trimas



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...