Showing posts with label digital art. Show all posts
Showing posts with label digital art. Show all posts

Grafik Vector : KAMA SUTRA Lebih Attractive

Di post yang lepas, KAOS! ada terangkan sedikit apa itu seni grafik vector..vector adalah salah satu teknik grafik digital yang semakin mendapat tempat di hati para peminat Illustrator kerana ciri vector yang bebas & funky

Hari ini, KAOS! ingin tampilkan sebuah seni grafik vector yang sangat jelas dengan isi & maksud..persembahkan


KAMA SUTRA : Penguin Classics Deluxe Edition



Pada masa dahulu, Kama Sutra adalah sebuah bahan tontonan bergenre porno & hanya dapat di akses oleh remaja 18 tahun ke atas..namun begitu, di atas idea inovasi & keinginan kreativiti yang tinggi, Kama Sutra kini sudah di jadikan sebuah bahan bacaan berkonsep modern art (vector)



KAOS! merasakan sesuatu feeling yang amat kagum..walaupun bercirikan modern art, nilai nilai porno masih di kekalkan dengan berjaya

Sumber : facebook.com/Cool Grafik Design




#Adobe : Aplikasi Untuk Professional


Selain daripada lukisan manual menggunakan pensil atau marker, karya juga boleh dihasilkan dengan menggunakan applikasi canggih seperti adobe Photoshop, Illustrator, Flash & banyak lagi


Photoshop merupakan applikasi paling urban pada masa kini..segala perkara dapat di tunaikan dengan segera dengan wujudnya Photoshop..selain itu, di dalam bidang professional juga, kepakaran menggunakan aplikasi Photoshop amatlah dititik berat..contohnya bidang fotografi..sebuah gambar yang cantik tidak dapat dikomersilkan jika wujudnya kecacatan, maka disitu, kepakaran Photoshoper akan mengedit & menghasilkan sebuh foto yang menarik & tampak lebih hidup



Tidak ketinggalan juga aplikasi Illustrator yang kian berkembang penggunaannya pada dasawarsa kini..contoh terbaik yang boleh dihasilkan di aplikasi Illustrator adalah Vector..seni vector adalah menggunakan garis garis bengkok & lurus demi menghasilkan figura yang diingini..vector amat sesuai dihasilkan di applikasi Illustrator kerana pembengkokan yang sangat sempurna hanya dapat dihasilkan di applikasi Illustrator


Oleh itu, karya bukan bergantung kepada pensil & pemadam sahaja..pendedahan harus di lakukan bagi membuka mata manusia akan variasi penghasilan karya karya



 

Seni Digital : Doodle oleh Peddo.

Tajuk: The Willpower to Survive.
Medium: Adobe Flash CS3
Blog : Penulis di Sarkasis dan KontrolHisteria. Kadang-kadang berada di Aksara Kecil, dan kadang-kadang di Just Writing.










Deep. True? Everybody has their own willpower to survive. What left is just how many percent of yours, to differentiate you with others? Is it higher than Donald Trump's willpower? Or Tun Dr Mahathir's? Think it.

Wallpaper Dari Zam

Sebelum ni, Zam telah sudi berkongsi dengan kita wallpaper bercorak damask dalam entri ini. Kali ini dua lagi wallpaper berkonsepkan vector dan photo digital editing. Menurut Zam, hasil karyanya setakat ini bertujuan mengisi masa lapang dan suka-suka. Anda boleh lawati blog dan akaun Deviantart Zam untuk menikmati lebih banyak hasil kerjanya.

Tajuk : The Dancing Desktop
Medium : Photoshop CS3



Tajuk : Out From Window
Medium : Photoshop CS3




Digital Art dari Pale

Karya: Pale
Tajuk: -
Medium: MS Paint

Sudah lama rasanya kami tak menerima artwork yang dilukis menggunakan perisian paling otai dalam senarai perisian Windows iaitu MS  Paint. Sebelum munculnya perisian-perisian yang banyak memudahkan kerja-kerja para ilustrator dan pereka grafik sekarang seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan CorelDraw misalnya, Paint digunakan biasanya untuk membuat artwork mudah seperti doodle.


Kami berbesar hati kerana Pale sudi berkongsi dengan karya digitalnya yang dihasilkan menggunakan MS Paint sekitar tahun 2004. Menurut Pale yang menggemari dark art ini, dia banyak menggunakan spray tool dalam lukisan tengkorak ini untuk bermain ton warna. Pada masa tu, katanya dia masih buta IT. Huruf 'P' di penjuru bawah karya ini adalah singkatan dari nickname yang digunakannya, Pale di antara tahun 1999-2003. Tapi bila beliau mula menyambung pelajaran dalam kursus Diploma berkaitan IT, barulah Pale memaksa diri untuk memahirkan diri  dalam penggunaan perisian yang lebih advance. Great job, Pale! We'd love to see more of your artworks.

Digital art dari Zam

Artwork kali ini datang dari Zam yang menampilkan wallpaper dan poster berupa meme spesel untuk KAOS! Haha! Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami sebahagian dari artwork anda. Mungkin kami akan terjah Zam dalam masa terdekat. Setakat main publish je rasanya tak mesra alam gitu. Kami memohon maaf kerana jarang update kebelakangan ni, maklumlah masing-masing masih sibuk beraya.

Tajuk: My Wall
Medium: Adobe Photoshop CS5
Deviantart url: http://abangzam.deviantart.com/
Blog: http://www.abangzam.com/


Tajuk: KAOS Y U NO UPDATE -  meme face
Medium: Adobe Photoshop CS5

Lukisan Digital oleh Khrlhsym Tesquefal

Karya: Khrlhsym Tesquefal
Tajuk: Luc Seorang Pentipu
Medium: Adobe Photoshop dan Flash
Deskripsi: Menurut Khrlhysm, Photoshop dan Flash digunakan untuk melukis vektor muka bertopeng.
Blog: KHRLHSYMBOX

LUC SEORANG PENTIPU
Bayangkan ketika zaman di mana kita masih kanak-kanak dimana kita mampu melukis dan menulis tanpa perlu bimbang untuk membuat sebarang kesilapan. Tiada medium lain akan membenarkan anda memadam lebih 1000 kali, tanpa merosakkan sedikit pun kanvas anda melainkan dengan penggunaan alatan seperti tablet melukis atau penggunaan perisian seperti Adobe Photoshop sebagai contoh. Alatan sebegini mampu menghasilkan ilustrasi profesional dengan kualiti cetakan yang bermutu bila skil tertentu dipraktikkan mengikut kemampuan bakat masing-masing.

Apa itu lukisan digital?

Secara ringkasnya, lukisan digital adalah melukis secara terus ke dalam komputer anda. Idea ini telah lama digunakan di awal era penggunaan komputer yang dilengkapi dengan program-program yang lebih otai seperti MS Paint. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan dalam perkakasan dan perisian telah memudah kan pelukis digital untuk menghasilkan kualiti imej yang tinggi, dan jauh lebih mudah kepada sesiapa saja walaupun anda hanya mempunyai bakat yang sederhana. Hari ini, artis-artis mencipta lukisan digital untuk poster, kulit buku, ilustrasi, permainan video, dan lukisan matte untuk filem-filem blokbuster Hollywood.

Sumber:  Wikipedia

Typografi oleh Lucifer

Karya: Lucifer
Medium: Adobe Photoshop CS3
Blog: 6ratus6puluh6
SKULL CIGAR
LUC NAMA SAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...