Kaver Zine: Horizon Raya oleh Peddo

Karya: Peddo
Medium: Lukisan tangan+Photoshop


Tarikh Rilis: 1 Oktober 2011
Genre: Sarcasm Art.
Deskripsi: Ia adalah zine - produk pertama lambakan penulis Sarkasis. Bukan bertujuan fokus kepada raya Aidilfitri, tetapi ia adalah zine yang mengkompilasikan artikel, entri, cerita, ilustrasi, babel, dan komik strip berdasarkan apa-apa jua perayaan yang ada di Malaysia seperti perayaan Harijadi dan perayaan Satu Malaysia. Perkataan Sarkasis diambil dari kata asal Sarcasm, iaitu Sindiran. Kadangkala sindiran itu manis dan sedap dibaca, kadangkala sindiran itu pahit memedihkan mata. Sarkasis menggunakan medium Blogspot
beralamat di : http://sarkasis.blogspot.com/ untuk meluahkan rasa bisa.
Kulit berwarna, hampir 60 mukasurat berharga RM5.

Tempah secara talian : Borang Tempahan

Typografi: Buku Kontrol Histeria

Bagi korang yang biasa ikut kisah-kisah gore di Kontrol Histeria, sebuah buku yang menampilkan himpunan kispen terbaru dari angkatan penulis blog perasan ngeri tersebut akan menemui para penikmat buku bergenre saikopat ini pada 11.12.11 jika tiada sebarang masalah. Awas! kontrol histeria anda! disyorkan kepada pembaca yang normal dan berumur 18 tahun ke atas.

Kaver buku oleh: Khrlhsym
Medium: Adobe Photoshop
Penerbit: Lejen press
Websitekontrolhisteria.blogspot.com
Facebook Pagehttp://www.facebook.com/bukukontrolhisteria

Wallpaper Dari Zam

Sebelum ni, Zam telah sudi berkongsi dengan kita wallpaper bercorak damask dalam entri ini. Kali ini dua lagi wallpaper berkonsepkan vector dan photo digital editing. Menurut Zam, hasil karyanya setakat ini bertujuan mengisi masa lapang dan suka-suka. Anda boleh lawati blog dan akaun Deviantart Zam untuk menikmati lebih banyak hasil kerjanya.

Tajuk : The Dancing Desktop
Medium : Photoshop CS3



Tajuk : Out From Window
Medium : Photoshop CS3




Digital Art dari Pale

Karya: Pale
Tajuk: -
Medium: MS Paint

Sudah lama rasanya kami tak menerima artwork yang dilukis menggunakan perisian paling otai dalam senarai perisian Windows iaitu MS  Paint. Sebelum munculnya perisian-perisian yang banyak memudahkan kerja-kerja para ilustrator dan pereka grafik sekarang seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan CorelDraw misalnya, Paint digunakan biasanya untuk membuat artwork mudah seperti doodle.


Kami berbesar hati kerana Pale sudi berkongsi dengan karya digitalnya yang dihasilkan menggunakan MS Paint sekitar tahun 2004. Menurut Pale yang menggemari dark art ini, dia banyak menggunakan spray tool dalam lukisan tengkorak ini untuk bermain ton warna. Pada masa tu, katanya dia masih buta IT. Huruf 'P' di penjuru bawah karya ini adalah singkatan dari nickname yang digunakannya, Pale di antara tahun 1999-2003. Tapi bila beliau mula menyambung pelajaran dalam kursus Diploma berkaitan IT, barulah Pale memaksa diri untuk memahirkan diri  dalam penggunaan perisian yang lebih advance. Great job, Pale! We'd love to see more of your artworks.

Lukisan Manual: Kau oleh Faz

Karya: Faz
Tajuk: Kau
Medium: Water colour, marker pen, pensil

Deskripsi
Menurut Faz: "Susuk tubuh merah itu dilambangkan sebagai seorang lelaki. Bentuk bulat diatas itu ialah kepalanya. Dalam kepala lelaki terdapat banyak imej perempuan. Secara tidak langsung, ini melambangkan lelaki ini asik memikirkan mengenai perempuan. Heh..Di bahagian dadanya pula ada objek bentuk hati dan tangan tangan panjang bewarna hitam. Hati itu hati lelaki dan tangan hitam panjang adalah tangan perempuan.

Kesimpulannya, lelaki ni sakitkan hati perempuan dan perempuan tu geram sampai rasa nak bunuh lelaki tu."

Digital art dari Zam

Artwork kali ini datang dari Zam yang menampilkan wallpaper dan poster berupa meme spesel untuk KAOS! Haha! Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami sebahagian dari artwork anda. Mungkin kami akan terjah Zam dalam masa terdekat. Setakat main publish je rasanya tak mesra alam gitu. Kami memohon maaf kerana jarang update kebelakangan ni, maklumlah masing-masing masih sibuk beraya.

Tajuk: My Wall
Medium: Adobe Photoshop CS5
Deviantart url: http://abangzam.deviantart.com/
Blog: http://www.abangzam.com/


Tajuk: KAOS Y U NO UPDATE -  meme face
Medium: Adobe Photoshop CS5

Fotografi : Penjara PUDU oleh khrlhsym

Penjara pudu nama yang tidak asing lagi rakyat-rakyat malaysia yang terletak di jalan hang tuah. di bina pada tahun 1891 dan siap sepenuhnya 1895. kini penjara ini tinggal kenangan. sebelum ia di robohkan aku sempat  masuk kedalamnya untuk sesi fotografi, mengikut permit yang di tetapkan, sesi fotografi itu berlangsung secara 2 hari, tapi malangnya pada hari kedua orang awam tidak di benarkan masuk ke dalam. Sepatutnya hari pertama biasanya aku gunakan untuk melihat sekeliling dan hanya mengambil gambar secara santai dan hari kedua di gunakan untuk mengambil gambar sepenuhnya kerana hari kedua ni baru membawa alatan-alatan lengkap untuk sesi strobist. Camera digunakan ialah nikon d90, di manipulasi mengunakan adobe photoshop. separuhnya high iso. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...