Lukisan Jijik : Penipu Akhir Jaman

Menceritakan seorang homo yang tinggal hidup sederhana, tiada duit banyak & tiada makwe..kawan pun setakat 6 7 orang tetapi cukup cukup menghiburkan..rutin harian yang sama & sama setiap hari..tidak sembahyang kecuali dipaksa..pelajaran pula tidak berapa bagus & banyak masuk kes disiplin..porno menjadi tatapan hari hari sebelum tidur

Di sebalik diri yang sederhana itu, dirinya di agung agungkan sendiri oleh bibir & lidahnya..di katakan dirinya berduit banyak, bermakwe banyak & memiliki kehidupan yang awesome & chill..arak, club & zina kononnya keperluan asas..berpeleseran serupa budak tiada akhlak..diangkat dirinya tinggi tinggi sehingga tembelangnya pecah satu persatu

Itu dia Penipu Akhir Jaman



  

#Tutorial : Bendera Indonesia

Selepas kejayaan Malaysia menundukkan Indonesia dengan sepakan penalti malam semalam, seluruh rakyat Malaysia bersorak gembira..apa apa pun, tahniah buat team Malaysia yang lejen

Kali ini, KAOS! ingin buat tutorial, bagaimana menghasilkan bendera negara Indonesia..kenapa KAOS! tak buat negara Malaysia? oh bukan apa..KAOS! nak mulakan dengan negara yang kalah dulu





Step 1


File > New atau Ctrl+N..isikan ruang width & height dengan 600x400











Step 2

New Layer, kemudian dengan menggunakan Rectangle Tool (U), buatkan sebuah segi empat seperti rajah sebelah













Step 3

Dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool (M), buatkan sebuah segi empat yang sama di bahagian atas..kemudian, right click & fill kan dengan warna merah pekat..rujuk rajah sebelah






  




















Step 4

Seterusnya, pilih layer berwarna merah tadi, right click > Create Clipping Mask..rujuk rajah sebelah..pastikan anda sampai disini



















 


















Step 5

Right Click pada layer rectangle putih tadi, Blending Option & tandakan pada Bevel and Emboss..ikut butiran seperti ini

Depth : 83%
Size : 5px
Soften : 10px





Step 6

Tuliskan nama Indonesia di bawah segi empat putih merah itu..anda bebas untuk menulis apa pun dibawah itu














Step 7

Anda bebas mencorakkan hasil karya anda kepada apa jenis pun mengikut kesesuaian semasa & kretiviti..terpulang kepada anda..gunakan ilmu di dada


   


Akhirnya, siap sebuah bendera negara jiran kita, Indonesia..lihatlah, betapa mudahnya bendera Indonesia..tidak terlalu kompleks..sama seperti rakyatnya

Apa apa pun, selamat mencuba

 

'Kebersamaan' dari Bagas Purna Hatmaji

Secara personal, aku amat kagum dengan pelukis yang mampu melemparkan kreativiti mereka dalam lakaran yang bertemakan surrealisme. Contohnya siri-siri lukisan dari Abang Zam seperti yang korang dapat tengok kebelakangan ni. Aku sendiri sebenarnya tak mampu capai tahap menghasilkan sesuatu lakaran yang tinggi imaginasinya dan luar dari kebiasaan.

Apakah maksud surrealisme dalam aliran seni lukis?
"Lukisan aliran surrealisme ini kebanyakan menyerupai bentuk-bentuk yang sering ditemui di dalam mimpi dan sebenarnya bentuk dari gudang fikiran bawah sadar manusia. Pelukis berusaha untuk menbebaskan fikirannya dari bentuk fikiran logis kemudian menuangkan setiap bagian dari objek untuk menghasilkan sensasi tertentu yang bisa dirasakan manusia tanpa harus mengerti bentuk aslinya. Salah satu tokoh yang populer dalam aliran ini adalah Salvador Dali" - dipetik dari Wiki Indonesia.

Jadi, kali ni aku akan tampilkan lakaran yang dikatakan bersifat surrealisme dari seorang pelukis yang berasal dari Indonesia, Bagas Purna Hatmaji. Aku dapat lakaran ni sebenarnya dari salah seorang kawannya di sini. 

Karya: Bagas Purna Hatmaji
Tajuk: Kebersamaan
Medium: Ballpen



Kalau ada di antara korang yang pernah baca komik Aie tak lama dulu, beliau ada tampilkan dua orang pelukis dari Indonesia dalam komik itu iaitu Beng Rahadian dan Bagas Purna Hatmaji. Kedua-dua komikus dan pelukis ini lebih gemar melakar komik bersifat eksperimental dan kadang-kadang mesejnya terlalu abstrak dan hanya difahami segelintir orang.

Tajuk lakaran yang sepenuhnya dilukis dengan hanya menggunakan ballpen ini adalah 'Kebersamaan'. Dalam istilah Indonesia, ia bermaksud hal bersama atau togetherness. Kalau korang rajin, boleh usha makna kebersamaan itu dengan lebih mendalam dari penulisan-penulisan mereka contohnya di weblog ini.

Kalau ditanya dari pandangan peribadi aku, kebersamaan ini sangat jelas terpancar dalam kehidupan masyarakat Indonesia itu sendiri. Biar bangsa atau agama apa sekalipun mereka, biasanya mereka bertutur dalam bahasa yang sama dan fasih sekali dalam urusan harian. Kadang kala kita sendiri tak dapat bezakan sama ada mereka Cina, Jawa, Bugis atau Batak (sebagai contoh).

Lukisan Manual NSFW : ZARIK

"saya Zarik..saya sebatang kaki..saya ditumbuhi penis penis gergasi pada awal tahun ini..penis ini berbau hanyir & sering membasahi saya setiap kali bercerita perihal MLM, politik & comment facebook..pada hari raya yang lalu, saya di tumbuhi sepasang mata yang berjarak setiap satu..mata ini melirik ke kanan & kiri melihat kelengkang anak dara setiap kali saya bergerak"

"saya Zarik..lebih saintifik, ZarikKakiKencing"


Lukisan Manual : Pemalas dan Kaki Gebang

Lukisan kali ini sangat seram..seram 3 bintang lah sebab tak full body..tapi, dalam lukisan ini ada maksud yang tersirat & cuba disampaikan..keadaan otak, keadaan mulut & keadaan figura separa penuh sangat menarik

Apa yang anda dapat dari gambar ini? imaginasi seram? atau sekadar lukisan bodoh yang tidak full body? anda tentukan

#Tuts : Sticker

Di entri yang lalu, KAOS ada buat tutorial untuk tulisan yang ke dalam..jadi kali ini KAOS ingin buat tutorial tulisan lagi, tapi masih di peringkat basix

Apa itu basix? dalam tuto basix apa yang saya dapat?

Jawapannya senang, sama seperti entri tuto yang lalu, basix mengajar newbie dalam aplikasi photoshop dengan tools & penggunaan asas asas dalam photoshop..seperti penggunaan layer, tools, gradient, color & layer style

Tanpa banyak kata, mulakan tuto kita kali ini..ayuh! buka aplikasi photoshop sekarang!


Final Produk

 



Step 1

Ctrl + N..buka canvas 600x600 kemudian ketik OK












Step 2

Ketik New Layer seperti rajah sebelah & pilih Paint Bucket Tool (G)..new layer digunakan bagi menbahagikan setiap step yang ingin dilakukan..ini merupakan move paling wajib





















Step 3

Kemudian, pilih Text Tool (T) lalu tulis perkataan pilihan seperti rajah sebelah : KAOS..pastikan perkataan anda jelas & besar














Step 4

Selepas menulis perkataan, right click pada layer KAOS/perkataan anda kemudian pilih blending options..kemudian, pilih Gradient Overlay seperti rajah sebelah & ikuti butirannya

Blend Mode : Normal
Opacity : 100
Gradient : *pilih warna kesukaan





 
Step 5

Selepas itu, pilih Stroke kemudian ikuti butiran

Size : 8
Blend Mode : Normal
Opacity : 100

Fill Type : Gradient
Gradient : *putih & kelabu

Seperti rajah di sebelah







Step 6

Pilih Drop Shadow kemudian ikuti butiran

Blend Mode : Multiply
Opacity : 88
Angle : 90
Distance : 10
Spread : 10
Size : 10

Seperti rajah sebelah










Ya..produk akhir kau akan nampak hasil shadow & gradient yang kau buat pada step 4 5 6..kalau color yang digunakan tidak cantik, tukar color yang lebih menonjol..selepas itu, boleh lah bubuh watermark untuk tunjuk autoriti yang artwork itu hak milik kau

Ya..agak tidak menarik tuto ini..tapi, sebagai newbie, ini adalah asas penting dalam proses menjadi GOD OF PHOTOSHOP LEVEL 98..mahirkan penggunaan stroke, layer style & color



PS : Tunjukkan feedback anda kepada KAOS! setiap feedback amat dihargai & di abadikan di dalam KAOS..kami menunggu di zonxkaosx@gmail.com


 

Lukisan yang Ironi

Tajuk : Beban
Tools : Pen Dakwat Basah
Diskripsi :  

Ini bukan tanggungjawab..ini beban
Ini bukan lumrah..ini masalah
Kepala kau dihenyak henyak

Entah teknik apa yang digunakan dalam lukisan manual ini pun KAOS tak tahu..tapi tampak ironi sekali akan maksud yang cuba disampaikan




Koleksi Kaver Zine Satu Malam

Zine Satu Malam adalah sebuah organisasi bebas yang menghasilkan zine dalam masa satu malam sahaja di mana penulis-penulis zine adalah mereka yang terdiri dari sesiapa sahaja yang berani mengorak langkah, jadi koleksi di bawah adalah koleksi kaver Zine Satu Malam yang dihasilkan oleh saya sendiri. Kami amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menghasilkan kaver untuk Zine Malam juga, bukan semata-mata kami yang di dalam korpus itu sendiri. Jika ingin membaca koleksi Zine Satu Malam yang percuma, kalian boleh ke sini, ZSM.

Versi rilis dan tak dirilis yang kesemuanya menggunakan Photoshop CS3 sebagai medium dan copetan alam maya.

Tajuk: Fiksyen Parodi


 Tajuk: Bersih

Tajuk: Fiksyen Noir 

 Tajuk: Pari-pari

 Tajuk: Pecahan Personaliti

 Tajuk: Syawal Merdeka

 Tajuk: Tahyul

Tajuk: Superhero

Tajuk: Ayah

Tajuk: Pulp Fiction

Tajuk: Sains Fiksi

Awek Komikus: Rifa Johan Pemilik Peti Harta Karut

Ruang Komikus KAOS! kali ini akan mengetengahkan Rifa Johan, pemilik Peti Harta Karut, yang sering menggunakan ilustrasi watak Bobby Pinky yang comel dengan gaya satira yang lucu, serta ceritera-cerita lain yang menyentuh zaman kanak-kanak serta fiksyen dan puisi yang sentiasa diselitkan pengajaran dan ilustrasi hasil  dari kreativiti tangannya sendiri. Antara hasil penulisannya yang boleh mencuit hati adalah:

Berikut adalah temubual dengan pelukis Bobby si babi yang comel di pelantar maya yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia;
KAOS!: Hi, Rifa Johan, selaku wakil dari KAOS!, aku nak temubual kamu yang gemar menconteng di Peti Harta Karut, jadi boleh perkenal diri kepada pembaca KAOS!?
Rifa Johan: Assalamualaikum! Hai, nama aku, Rifa Johan. Nama pendek, Pa. Dekat universiti, aku mengambil course Chemistry, half way, jadi cross-eyed sebab belajar benda-benda yang ‘tak nampak’ seperti molekul (kes buta mata hati). Berhenti belajar dengan alasan tak ada chemistry dengan Chemistry. Sekarang aku kerja sebagai pembantu rumah untuk 1 keluarga orang sederhana kaya dekat JB. (Nota : ‘Rifa Johan’ tidak wujud. Dia hanya doppleganger aku, cermin sisi diri aku yang nakal sedikit, jadi kau tak payah percaya sangat dekat dia ni sebab dia kuat temberang).

KAOS!: Waalaikumsalam (-.-"), wow, menarik lah kerja kamu, percaya-percaya (-.-"). By the way Rifa, kamu selalunya diinspirasikan oleh apa atau siapa dalam lukisan kamu? Stroke dan angle dalam struktur tubuh mendekati realisme tubuh manusia, dan itu adalah wow bagi aku.
Rifa Johan: Filem terbitan Ghibli Studio, negara Jepun dan kartun-kartun Nickelodeon. Sebenarnya lukisan aku tak ada pendirian dan pengaruh dari siapa-siapa. Aku pakai bedal saja, orang kata ‘hentam keromo’. Dan aku ni manalah reti melukis... -_-‘’’’... segan pula ditanya soalan seperti ini.

KAOS!: -.-" Smart lah, sebab ia lucu. Saya kadang-kadang terguling-guling macam tenggiling membaca Peti Harta Karut. Kamu gemar menggunakan teknik dan medium apa biasanya?
Rifa Johan: Senjata primitif seperti pensel, marker RM 1.50, pen lukisan, dan kertas. Kadangkala minat juga menyalit arang, warna air dan pensel warna. Tapi aku ada rasa kecewa sikit dekat scene pensel warna terutamanya Luna dan Faber-Castell (ada lagi ke?). Sebab sekarang, warna dia tak berapa ‘keluar’ sangat berbanding macam masa aku belajar kat tadika, 18 tahun dulu. Aku buta Photoshop, by the way (bukan buta main-main, memang buta kayu).

KAOS!: Serius buta kayu? Haha, kadang-kadang macam photoshop, tapi ia sangat cool dengan menggunakan senjata primitif. Dalam kondisi bagaimana kamu jadikan hasil lukisan kamu, sekadar hobi atau karier atau?
Rifa Johan: Untuk suka-suka je la, langsung tak serius. Bila hati senang, aku doodle. Bila hati tak senang, aku tido. Kalau dijadikan karier nanti, dibimbangi idea kreatif akan terbantut sebab asyik fikirkan pasal arahan dan kepuasan pelanggan, dan bukan kepuasan untuk diri sendiri. Ruang untuk berkarya dengan lebih gila babinya akan jadi terhad. Stylist rambut dan barber kedai gunting adalah dua profesion yang berbeza. Benda-benda art ni bukan semua orang boleh appreciate.

Tajuk: Gorillaz
Tahun: 2006
Medium: Water Colour (Buncho)

KAOS!: Ya, saya setuju tentang kreativiti terbantut tu, kita akan rasa terikat dengan kerja lalu hasil karya akan kurang kualitinya dan kepuasan sendiri mulai berkurangan. Sedikit soalan yang lari dari landasan seni, Apa pandangan kamu tentang politik?
Rifa Johan: Bisness politik ni aku tak minat nak fikir. Be it asalnya dia orang baik atau tak, ada wawasan atau tak, pada aku sesiapa yang memegang tampuk pemerintahan penghabisnya akan jadi macam lembu kena cucuk hidung. Akan ada juga suara-suara tak puas hati walau seutopia mana pun mekanisme pemerintahan itu dirangka. Dan kerja memangkah kertas undi ni pun satu hal juga. Macam tahi aje aku rasa. Macam tak betul. Kau rasa macam mana? Suara majoriti secara otomatik akan mewakili suara minoriti dalam sesebuah komuniti tu (katakan ada 10 orang). Tapi macam mana kalau yang majoriti (8 orang) tu terdiri daripada orang bodoh dan jahat, dan minoriti tu pulak (2 orang) terdiri daripada orang celik pandai dan baik-baik pula? Kau puas hati ke, orang bodoh dapat jadi nakhoda kapal yang kita bina (kapal itu) bersama-sama dengan susahnya? Kemudian, oleh sebab nakhoda dia bebal, kita berpusing-pusing di tempat yang sama, kapal kehabisan minyak, karam di tengah laut, kita pun mati sia-sia bersama-sama 9 orang bodoh (8 orang bodoh + 1 orang ketua orang-orang bodoh). Adil sangat ke tu? Okay, aku sucks dalam memberi penerangan, tapi macam itulah. Pucuk pangkal, pada kebijaksanaan rakyat. PRU 13 nanti aku macam tak ada hati pulak nak ambil bahagian (sebenarnya, sebab malas nak beratur panjang, haha).


KAOS!: Aku rasa memang tertindas untuk diwakili oleh majoriti dan ia jelas terserlah di dalam scene politik negara yang dipenuhi oleh badut politik yang gemar menggunakan modal murahan dalam menarik undi. Aku faham penerangan tu, lagi-lagi dengan scene parti kanan dan kiri yang jijik tapi kita kena juga memilih seseorang sebagai pemimpin kan (walau pun aku belum mendaftarkan diri sebagai pengundi dan itu sangat patetik, keh keh keh). Soalan seterusnya, how do you see yourself in the 5-10 years?
Rifa Johan: 5-10 tahun lagi, aku yakin aku dah kahwin (gila kau tak nak kahwin?). Dan mungkin ada anak (baca: anak-anak) dan sibuk dengan kerja. Dah tak ada masa nak mendoodle lagi. Oh, ye tak ye. Aku mungkin sedang mendalami ilmu agama. Tak ambitious sangat, kan? Ah, aku kesah apa, janji hati senang.

KAOS!: Masing-masing punya hala tuju sendiri sama ada tinggi atau tidak pilihan kita, sebab untuk kepuasan diri kita juga kan, bak kata kamu, janji hati senang, tapi haraplah kamu masih mendoodle lagi. Kenapa menjadikan Bobby si babi yang comel menjadi watak utama dalam kebanyakan karya kamu?
Rifa Johan: Kerja ‘bela’ binatang babi ni senang sikit. Jimat, dia makan tak memilih. Kau campak kasut buruk pun dia cekik. Bobby adalah satu ironi. Aku berusaha lukis Bobby secomel, seceria mungkin supaya orang tak perasan beliau adalah satu makhluk Tuhan yang sebenarnya hina, haram lagi kotor. Kau mesti sedar kan, dalam dunia ni, benda-benda yang pada kulitnya nampak sedap, suci, naif, comel dan betul, sebenarnya inti dia adalah palsu, sebenarnya haram, sebenarnya tak betul, sebenarnya ditegah dalam agama (contoh: Konsert amal The Pussycat Dolls). 
Entah apa la yang aku merepek ni... 

KAOS!: Tak, tak, kau tak merepek, *menggeleng*
Rifa Johan: Dan kenapa kita nak fobia dengan babi? Setiap hari sedar atau tidak, kita bergelumang dengan ‘babi’. Tak percaya, selidik buku panduan Halal Haram keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Dan percaya atau tak, kita kadangkala berperangai macam babi juga (aku je la, bukan kau. Kau orang baik-baik).

KAOS!: (dalam hati: aku pun kebabian, selalunya)
Rifa Johan: Aku sebenarnya nak kelainan. Itu saja. Kucing? Naaahhh... mereka terlampau suci dan kiut! 

Kaos!: Wow, I'm amazed with your definition of Bobby. Apa jenis reading yang kau suka kebiasaannya?
 apa jenis reading yang kau suka?
Rifa Johan:  Novel; Mesti genre thriller, pengembaraan, kekeluargaan, penyiasatan, misteri, antologi, dan ada sentuh pasal sosiobudaya setempat. Babak cinta, kekejaman, magis dan berahi kena ada juga, tapi tak usah banyak sangat. Imaginasi aku tak berapa wild, takut-takut tak ter‘tangkap’ pula nanti. Dan aku tak suka cerita hantu. Nanti takut nak masuk bilik air.
Komik; Semua boleh. Aku suka karya Junji Ito juga. 
Majalah; NatGeo, Readers’ Digest, majalah komik. Majalah retis seperti Manggis aku tak baca. Ilmu dia tinggi sangat sampai tak tercapai dek akal (haha).
Suratkhabar; Akhbar sisipan dan seksyen berita luar negara. Yang seksyen lain, aku buat balut tempe je, Semah.
Lain-lain: Kalau dah bosan sangat, kamus pun aku baca. Botol syampu, tiub ubat gigi, plastik isi belacan pun layan jugak.
Sesi temubual dah habis kah? Okay, terima kasih banyak-banyak KAOS!. Semoga kamu orang semua sukses selalu!

Tajuk: Gadis dan Gogal
Tahun: 2009
Medium: Primitif


Kaos!: Belum habis lagi, keh keh, mind to share few of your artworks untuk diterbitkan di KAOS!? dan kenapa blog dinamakan sebagai peti harta karut?
Rifa Johan: Aku tukar ‘karun’ kepada ‘karut’ sebab ‘karun’ ialah Qarun. Qarun orang jahat. Aku tak mahu jadi macam dia. Dia ada banyak harta tapi dia zalim dengan pemberian Tuhan. Dia jadi sombong dan ada banyak musuh disebabkan kekayaannya (jangan-jangan sebab dia tak reti buat belanjawan). Sedangkan, dalam Peti Harta Karut aku punya, kalau kau buka peti tu, kau akan jumpa segelas air teh tarik dengan buih 1.5 inci, sebiji bantal, kertas putih dan pensel. Miskin. Haha. ‘Harta-harta’ mengarut, simpan dalam satu tempat bernama peti. Jadilah Peti Harta Karut! =.,=

KAOS!: Aku perasan jalan cerita kebanyakannya digarapkan kisah-kisah masa kecil dan terdapat puisi serta quote-quote yang digarapkan dalam artwork, entri mana yang memang paling meaningful untuk kamu?

Rifa Johan: Kisah masa kecil? Aku rasa macam tak ada sangat… *garu lengan* Entri yang memang paling meaningful bagi aku ialah ‘HUJAN’. Sebab; Puisi tu aku buat masa tengah hujan lebat pada tahun 2007 (aku suka hari hujan), dan masa tu aku tengah kecewa pasal apa entah tak ingat, lukisannya pulak aku buat tahun ini (2011), sebulan nak siapkan, guna charcoal (habis hitam legam tangan, susah-payah aku buat), tema dia di ambil dekat tepi pantai (aku suka pantai), seorang perempuan yang dirundung mendung, hidup dia gelita, alone (sebab tu guna charcoal), dia hampir lost dalam hidup, akhirnya menyambut tangan dari seorang lelaki (boleh jadi savior dia, boleh jadi ‘God’, boleh jadi pertolongan, sekadar simbol), she found comfort dalam kejadian hujan tu, melihat hujan sebagai satu rezeki kerana selepas habis hujan, pasti datang pelangi yang cantik dan hari pun cerah. Dia jadi positif. Gitu la… haha. Shit, baru aku sedar aku ni loser. 

Tajuk: "Yo dude, wassap?"
Tahun: 2009
Medium: Primitif

KAOS!: Wow, aku pun suka entri Hujan tu, jadi, setakat inilah temubual kita, dan aku dapati perwatakan kamu sangat menarik, terima kasih dengan kerjasama serta toleransi kamu, keep rocking Peti Harta Karut ya!
Rifa Johan: Ya, kamu juga! :)

Sekian, sesi Awek Komikus berakhir dengan cerianya di pelantar alam maya. Jadi, siapakah Cowok Komikus yang seterusnya? Tunggu!

Stop Motion Vs Cutout Animation

Teknik pembikinan filem stop motion dan cutout animation yang telah lama dipopularkan oleh penggiat animasi, filem pendek dan independen tidak lama dahulu kini kembali hangat dalam kebanyakan klip video, iklan dan siri animasi televisyen.

Apa tu stop motion?


Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu, ia bermaksud 'menghentikan gerakan'. Stop motion adalah teknik membuat animasi di mana sesuatu objek fizikal atau gambar dirakam pergerakan-pergerakan kecilnya lalu dimainkan keseluruhan gerakan kecil tadi membentuk suatu ilusi pergerakan yang berterusan. Contohnya seperti klip video terbaru Coldplay, Every Teardrop Is A Waterfall. Biasanya teknik stop motion dikaitkan dengan animasi yang kelihatan 'dark' seperti dalam klip video lagu Us oleh Regina Spektor dan lagu Are We Still Married oleh band His Name Is Alive.

Di antara beberapa nama yang terkenal di kalangan penggiat animasi stop motion adalah Jan Svankmajer, Brothers Quay dan Tim Burton. Jan Svankmajer dan Brothers Quay lebih banyak menumpukan kepada filem animasi pendek yang bersifat surrealisme. Manakala Tim Burton di awal pembabitannya dalam dunia perfileman, banyak menghasilkan filem animasi stop motion, salah satunya adalah Vincent. The Nightmare Before Christmas dan Corpse Bride adalah di antara filem-filem stop motion karya Tim Burton yang berjaya mengangkat namanya sebagai pengarah filem dalam kelasnya yang tersendiri.

Rancangan kanak-kanak juga tidak terkecuali dengan animasi bebentuk stop motion ini. Salah satu siri animasi kanak-kanak terawal yang menggunakan teknik ini adalah Gumby. Tanah liat (plastersin) atau puppet biasanya digunakan untuk memudahkan perubahan-perubahan gerakan yang dilakukan untuk membentuk keseluruhan cerita. Hari ini, teknik stop motion telah dimanipulasi dengan berbagai cara termasuk seni grafiti oleh BLU. Sila tonton video di bawah. Sangat menarik bukan?



Apa pula yang dimaksudkan dengan cutout animation?

Animasi Cutout adalah satu teknik untuk menghasilkan animasi yang menggunakan latarbelakang, props dan karekter yang rata. Rata bermaksud bahan-bahan yang digunakan biasanya dipotong daripada kertas, kad, fabrik ataupun gambar/foto. Quirino Cristiani dari Argentina dipercayai adalah di anatara pelopor terawal filem-filem animasi animasi cutout. Contoh animasi cutout yang terkenal sekarang adalah siri tv kanak-kanak, Wonderpets.

Hari ini, animasi cutout sering dihasilkan menggunakan komputer, dengan imej yang telah diimbas atau grafik vektor mengambil tempat bahan-bahan fizikal lalu dipotong. Siri South Park adalah satu lagi contoh yang ketara (walaupun episod pertama telah dibuat dengan cutouts kertas sebenar). Selain itu, siri Anaconda Angela dan Charlie and Lola juga menggunakan kaedah yang sama tetapi telah dipermudahkan dengan penggunaan perkakasan komputer seperti Maya dan Corel Draw. Salah seorang penggiat animasi terkenal yang masih menggunakan teknik cutout tradisional adalah Yuriy Norshteyn.


Kesimpulannya, stop motion dan cutout animation adalah saling bergantungan. Stop motion merujuk kepada teknik animasi di mana pergerakan-pergerakan kecil yang dirakam lalu dimainkan keseluruhannya membentuk suatu penceritaan. Cutout animation lebih sesuai dikatakan sebagai teknik penggunaan bahan yang bersifat rata (seperti kertas dan bukannya boneka atau elemen fizikal 3D) sebagai props dan karekter dalam penghasilan animasi bersifat stop motion.

Video-video di atas menonjolkan variasi dalam animasi stop motion. Graffiti oleh BLU adalah teknik yang sangat kreatif selain teknik cutout yang digunakan dalam siri Anaconda Angela di atas.

Bagi yang berminat, mungkin anda boleh bikin pula video perkahwinan atau merakam apa-apa saja momen menarik dengan teknik yang telah kami paparkan kali ini. Pasti ada kelainan dan lebih unik hasilnya.

Pop Art

Pop Art, atau singkatan Populart Art yang terkenal pada pertengahan tahun 1950 di Britain & penghujung 1950 di United States..Pop Art juga di salah erti sebagai Fine Art..Pop Art sangat terkenal pada masa dahulu kerana memberi cetusan baru kepada seni lukisan pada masa itu

Pop Art terhasil ketika peperangan Britain (maafkan jika tersalah) yang memerlukan sebuah bentuk advertisment yang mampu menarik perhatian anak muda untuk join menjadi askar..bentuk bentuk iklan yang mendorong anak muda menjadi askar merupakan langkah pertama yang sukses & kemudian, bentuk advertismen yang menggunakan teknik yang sama di implementasikan di masa seterusnya 

Pelukis Pop Art yang terkenal pada masa dahulu seperti Pablo Picas o, Marcel Duchamp, Man Ray & Kurt Schwitters. setelah Pop Art menjadi fofular pada 52-an, elemen lukisan American menguasai Pop Art & ianya dipelbagaikan
  
Selain dari itu, Pop Art juga berfungsi sebagai komik strip, advertismen, poster & buku panduan..kerana ketiadaan DSLR pada masa dahulu, lukisan manual Pop Art menjadi medium penyampai maklumat yang rare..so, now you know

Marilyn Monroe




Jadi, ini ialah serba sedikit ilmu tentang Pop Art..jadi, bila orang tanya tahu tak Pop Art atau tak, tidak lah ternganga kosong..di update yang lain, KAOS akan menceritakan akan WPAP POP ART pula..keep in view


#Tuts Basix : Tulisan yang Kedalam

Kali ini, KAOS ingin cuba memberi sedikit ilmu duniawi kepada pembaca setia KAOS..benda bagus kena lah disebar betul tak? jadi kali ini, KAOS ingin buat tutorial basix kepada pembaca

Tutorial basix adalah tutorial yang hanya menggunakan kemahiran asas seperti layer, tools, filter & teknik layer style..ini merupakan langkah pertama bagi mendalami ilmu Photoshop..setiap teknik basix dapat di implementasikan dengan teknik yang lain dengan tepat sekiranya mengikut langkah yang betul




Rajah diatas merupakan contoh yang telah berjaya menggunakan teknik basix dengan tepat..setiap langkah yang digunakan adalah asas asas



Step 1

Create new layer & tetapkan lebar 500 x 500..klik OK












Step 2

Create new layer dengan klik bahagian bawah layer..kemudian pilih tool Pain Bucket (G) & warna asas adalah Hitam & Putih..rujuk rajah sebelah




















 
Step 3

Warnakan canvas dengan warna hitam..kemudian tuliskan perkataan yang anda suka sebesar besar alam..rujuk rajah sebelah














Step 4

Pada layer tulisan KAOS/perkataan anda, anda akan nampak antara Opacity & Fill..kurangkan paras Fill daripada 100% kepada 50%..rujuk rajah sebelah















Step 5



Right Klik pada layer KAOS/perkataan anda, kemudian pilih Blending Option atau double klik pada layer tersebut..paparan di atas akan muncul



Step 6

 

Selepas itu, klik pada Inner Shadow, kemudian ikuti butir butir seperti rajah di atas

Blend Mode : Normal
Opacity : 75
Angle : 90
Distance : 4
Choke : 12
Size : 6



Step 7

  
Kemudian, klik pada Stroke, ikuti butir butir seperti rajah di atas..ini bagi menampakkan bentuk perkataan KAOS/perkataan anda..pilih warna yang cerah..putih atau kelabu seeloknya

Size : 1
Position : Inside
Blend Mode : Normal
Opacity : 73
Fill Type : Color



Produk

  

Di penghujung proses, anda boleh lah bubuh watermark anda sebagai authoriti itu hak milik anda yang punya..jika anda tidak puas hati, boleh tukar warna hitam jadi pink ke, merah ke, mengikut warna kesesuaian



Apa apa pertanyaan boleh di ajukan di ruang Comment, & Trimas



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...