Cubeecraft Template Dari KAOS! Untuk Kawan-Kawan

Dalam artikel tentang cubeecraft  yang lepas, kami telah menceritakan sikit sebanyak tentang asal-usul papercraft dan cara membuat figura kertas 3D kesukaan korang. Nampaknya ada yang merajinkan diri. Jom kita lihat apa hasilnya.

Cubee Zoul Zombie
Template cubee Zoul Yazix yang dihasilkan oleh Lucifer ini direalisasikan pembinaannya oleh Zoul sendiri. Bagi yang terasa nak melepaskan rindu pada Zoul, bolehlah memuat turun template yang disertakan. Tataplah ia tatkala kesunyian.



Klik untuk tumbesaran dan print pada kedudukan lanskap A4 pada skala besar.

Cubee dan papercraft Perry The Platipus 
Template ini juga adalah dari Lucifer. Ada dua jenis di sini. Pilih mana-mana yang korang berkenan.

Cubee Perry The Platipus


Cubee The Crow
Template asal cubee ini adalah hasil ciptaan Anilewka.deviantart.com. Tapi aku telah modifikasi muka The Crow menjadi lebih mirip dengan watak asal.


Cubee The Crow

Salam Eidul Fitri

Bersempena 1 Syawal yang bakal menjelma, kami di KAOS! ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

KAOS! juga menerima karya dari Nida dan adiknya iaitu kad raya D.I.Y yang ditujukan kepada emaknya.

Karya : Nurarnida Sabrina
Tajuk : Raya! Raya! Raya!
Medium : Pen marker hitam.Pensel kaler yang bercampur jenamanya.



Sesi Mendera The Sharkox Bersama AR

Kali ini AR mewakili KAOS! telah menerjah Ashraq atau lebih dikenali sebagai The Sharkox. Seorang freelance illustrator yang banyak menghasilkan karekter yang comel-comel. Ia mengingatkan kami kepada watak-watak kartun karya Craig McCracken seperti Powerpuff Girls dan Foster's Home For Imaginary Friends. Tapi jangan salah faham, Sharkox punya stroke yang tersendiri. Apa lagi, mari kita dengar (baca: baca) soalan-soalan maut dari AR yang diajukan kepada beliau.


Karya : TheSharkox 
Tajuk : OlSkool
Medium : Adobe Illustrator, Tetikus Optikal dan Tangan Kanan
Tema : Siapalah USB Thumbdrive Tanpa Disket. Sayangilah Warga Emas. 1Warga EMas 1Tongkat
Deskripsi : Lukisan Digital


KAOS: Hello Hai Apa Khabar?
The Sharkox: hai..Kabare, waras..

KAOS: Kami dari KAOS mendapati blog anda menarik untuk diterjah, jadi siapa orang disebalik The Sharkox ini?
The Sharkox: Nama saya Muhd Ashraq Salahuddin panggil saja Ashraq.

KAOS: Ashraq dan The Sharkox? Agak jauh di situ, kenapa The Sharkox dan bukan The Ashraq?
The Sharkox: Sebab sy dipanggil Shaq semasa di Uni dulu.

KAOS: Justeru itu apa kaitan Shaq dan Sharkox?
The Sharkox: Semasa belajar dahulu saya suruh panggil saya Shaq, dan Shaq diterima ramai,bila saya ada friendster saya letak nama Ashraq 'Shaq' Salahuddin, Ah poyo pulak rasa! Jadi saya ubah sikit ejaan jadi Shark, bukan Shark KL Gengster ya.

Dan nak bertambah lagi poyo, saja letak XOXO kat belakang, SharkXOXO agak jengkel bukan? Maka edjas sikit menjadi SharkOX. Disitulah bermula jenama The Sharkox, yang 'The' tu pulak saja tambah bagi nampak kacak sikit.

Sebenarnya dah lama tunggu soalan ini, akhirnya KAOS! jugak yang tanya!



KAOS: Bagus, oleh sebab saya cantik, boleh saya tanya dulu awak belajar di mana? ambil jurusan apa?
The Sharkox: Oh, saya dimatrikulasikan di Changlun, di degreekan di UUM dan kini disarjanakan di Northern University of Malaysia, Sintokholm. Masa degree dulu saya ambil Kos Multimedia.

KAOS: Oh jadi Kos Multimedia itu mengajar awk melukis karikatur sebagaimana yang terdapat di The Sharkox?
The Sharkox: Ahh di sana tak ada siapa yang menekankan untuk belajar melukis.Di sana semua benda kena belajar sendiri. Btw, saya memang suka melukis sejak kecil. Dalam family, cuma mak dan saya yang boleh melukis. Melukis kartun adalah hobi ketika kecik. Saya dibesarkan semasa zaman kegemilangan UJANG. Saya banyak meniru lukisan kartun dari situ.

Sehinggakan bapak saya panggil saya Mat kartun. Pernah jugak bercita-cita nak jadi kartunis, tapi bapak tak bagi.

Bagi menjawab persoalan di atas, saya belajar melukis sendiri dari kecik menggunakan pen dan pensel sehingga dah besar menggunakan mouse.



KAOS: Ini menarik, boleh lampirkan 2 3 keping gambar hasil lukisan awak sendiri menggunakan pen atau pensel?
The Sharkox: Takde, entah kemana-mana hilang

KAOS: Awak ini, tak pandai menghargai betul! Jadi berbalik kepada isu melukis, software apa yang digunakan di The Sharkox?
The Sharkox: Saya melukis sepenuhnya menggunakan Adobe Illustrator dan mouse. Ye, menggunakan mouse pad sebab saya masih belum mampu pakai graphic tablet. Menggunakan mouse agak mencabar dan menjengkelkan. Hahaha.

KAOS: Explore sendiri ke Adobe Illustrator tu? Atau dah ada basic semasa belajar dulu? Sebab saya suka belajar benda melalui YouTube.jadi bagaimana?
The Sharkox: Explore sendiri.Serius saya cari tutorial dari website.Youtube juga berguna. Jangan malas-malas cari tutorial. Hehehhehe


KAOS: Oh ya, bercakap isu kartun, khabarnya awak ada amik order untuk design header blog mahupun karakter kartun? Kalau ada bolehlah kongsikan sikit.Bhehehe
The Sharkox: Sekarang saya ambil tempahan baut karakter saja. Header saya tak buat. Pasal apa tak buat? Biarlah orang lain yang buat, saya lukis kartun udah le.Hehehe. Nah sebahagian dari request klien :
HEADER
KAREKTER
Cas harga standard, satu karakter RM15, item tambahan RM3. Heheh. Tak boleh murah lagi, nanti orang marah.
KAOS: Hahaha, apa harapan awk ada blog bergenre komik dan penyampaian melalui kartun??
The Sharkox: Harapan saya? Mestilah nak The Sharkox femes macam conteng-conteng.com, akiraceo.com, bolehland.net dan lain-lain. Lepas tu kalau dapat masuk paper mesti lagi best kan? Hahahah. I'm working on it.

KAOS: Ok, hampir ke penghujung. Selain mensarjanakan diri, apa lagi awak buat sekarang?
The Sharkox: Jual kasut. Hahahah. Silalah lawat Abangkasut.com. Nak kahwin punya pasal dah tahap wajib kawin tapi duit takda. Hahahah.

KAOS: Baiklah itu sahaja! Terima kasih The Sharkox!
The Sharkox: No biggie. thanks KAOS! kerana sudi interbiu Thesharkox.com, saya amat menghargainya!

Lukisan Manual Karya Nuranida Sabrina

Nuranida Sabrina yang juga salah seorang penulis di Kontrol Histeria juga berbakat dalam melukis. Lukisan pertama betajuk Hina yang kelihatan seperti Medusa versi lelaki dengan rambut dan organ dalaman berbentuk ular mempunyai makna yang tersirat. Selari dengan entri-entri berhantu dalam blog peribadinya.

Tajuk : Hina
Medium : Sebatang pen yang tiada jenama. Buku nota sekolah menengah dulu-dulu. Jasa tangan kiri.
Deskripsi : Diconteng ketika bosan menunggu budak-budak menjawab soalan. Dan di tambah misai palsu menggunakan Picnik.com.


Siapa boleh teka wajah mamat mana yang dilukis Nida? Apa yang kami tau dia minat gila dengan penyanyi lelaki sorang ni.
Tajuk : Dia
Medium : Sebatang pensil 2B . Pen marker hitam. Jasa tangan kiri di atas sehelai kertas A4.


Doodle Lagi Bersama Chirpy Chummy dan Sya CLEOS

Doodle kali ini dihantar oleh Chirpy Chummy dan kawan baiknya Sya . Kawaii gitu. Doodle ni mengingatkan kami kepada Azreen Chan yang terkenal dengan aksesori kawaii comel-comel sebegini.

Nama: Chirpy Chummy
Tajuk: -
Medium: Pensil, YM Doodle
Facebook : Chirpy Chummy




Nama : Sya
Tajuk : Killing Time Doodle
Medium : Pen lapan posen 

Atas masking tape pun jadi kerja... nice!

Cubeecraft: Kraf Kertas 3 Dimensi

Kami pasti ramai yang biasa dengar apa itu origami atau pernah membuat origami itu sendiri. Menurut Wikipedia, istilah origami bermaksud 'lipatan' di mana kertas adalah bahan asasnya. Origami yang dikatakan berasal dari Jepun pada pertengahan kurun ke-17, mula diperkenalkan di negara-negara luar pada pertengahan tahun 1900-an. Tujuan penciptaan origami adalah untuk mentransformasikan imej datar kepada model berstruktur atau 3 dimensi (3D). Jika ia melibatkan penggunaan gam, maka itu tidak dianggap sebagai seni origami. Asas origami juga dikatakan menjadi sumber rujukan dalam banyak bidang termasuk struktur kejuruteraan dan pembungkusan produk.




Ramona Flowers cubecraft
Hari ini, ramai orang semakin obses dengan objek 3D termasuk dalam penghasilan filem dan animasi kerana sifatnya yang lebih realistik. Kraf kertas juga tidak terkecuali. Pelbagai bentuk kraf kertas atau papercraft yang berasaskan origami telah dimodenkan, antaranya termasuklah model kertas (paper model) dan cubee craft yang mula mendapat tempat di kalangan penikmat pop art. Sebuah laman web cubeecraft.com menawarkan pelbagai watak siri kartun dan anime, ikon terkenal dan watak-watak dalam filem dan permainan video di mana para penggemar cubeecraft hanya perlu muat turun pelan rangka (template) watak yang disukai, cetak, potong dan lipat mengikut arahan yang disediakan dan Voila!, terhasillah sebuah patung kertas 3 dimensi berkepala kiub yang sangat comel seperti yang korang dapat lihat disini.


Camner Nak Buat Sendiri 3D Paper Model?



Paper model hasil perisian Pepakura
Walaubagaimanapun, bagi 'penggila' sejati kraf kertas, mereka lebih suka mencipta sendiri objek-objek 3D ini dari mula kerana ia lebih menyeronokkan dan mencabar kreativiti diri daripada memuat turun ready made template (pelan rangka yang sedia untuk diguna) seperti yang terdapat di cubeecraft.com.

Di antara perisian yang kerap digunakan adalah Adobe Illustrator, Rhino 3D, 3DS Max, Blender, Pepakura, Waybe dan Ultimate Papercraft 3D. Tutorial mudah untuk membuat kraf kertas 3D boleh juga dibaca di matthijskamstra.nl.

Kraf kertas 3D ini boleh dijadikan hobi masa lapang yang jauh lebih rendah kosnya. Ia juga sesuai dijadikan hadiah yang unik buat seseorang ketika poket tengah mengalami musim kemarau. Murah tetapi sangat istimewa apalagi kalau objek yang dihasilkan berupa orang yang paling dekat dengan hati korang.

Artwork Dari Penikmat KAOS!

Karya: Lucifer
Tajuk: Comrades
Medium: Adobe Photoshop CS3
Deskripsi: Typografi
Blog: http:/6ratus6puluh6.blogspot.com/


Nama : AR
Medium : garisan mencoret wajah pujaan hati
Deskripsi : Bersempena hari lahir beliau tanggal 5 february 2011, aku coretkan potret beliau selain menyiapkan tugasan pensyarah.aku sayang dia. 
Blog : AR THE ANNOYING (www.azrarahman.com)



Karya: Khryx666
Tajuk: Teknikal
Medium: Adobe Photoshop CS3 + Manual
Deskripsi: Lukisan manual 
Blog: http://mimpiyangbasah.blogspot.com/

Teknikal

Karya: Amoi
Tajuk : Hembusan Aksara
Medium : Adobe Photoshop CS5
Deskripsi: Photo Digital Editing
Blog : rojakstory (http://rojakstory.blogspot.com)

Hembusan Aksara

Karya: Khrlhysm Tesquefal
Tajuk: Ivafrau dan Geng Jahat
Medium: Adobe Photoshop CS5
Deskripsi:  Lukisan Digital
Blog: KHRLHSYMBOX

Ivafrau

Geng Jahat

Karya: Azuan Atoya
Medium: Adobe Photoshop CS
Deskripsi: Lukisan Digital 
Blog: atoya.blogspot.com, revsphoto.blogspot.com, flickr.com/atoya

Filem Adaptasi Komik: The Crow

The Crow adalah satu lagi watak dark dalam dunia komik selain Hellboy dan Ghost Rider. Apa yang menariknya tentang The Crow, dia bukan watak superhero macam Batman, X-Men ataupun Spiderman. The Crow lahir dari roh Eric Draven yang penuh dengan dendam dan kesedihan. Menurut suatu mitos, gagak dapat mengembalikan roh yang tidak tenang untuk memperbetulkan keadaan. Ini dapat didengar di permulaan cerita bila seorang kanak-kanak, Sarah berkata:
"People once believed that when someone dies, a crow carries their soul to the land of the dead. But sometimes, something so bad happens that a terrible sadness is carried with it and the soul can't rest. Then sometimes, just sometimes, the crow can bring that soul back to put the wrong things right."
-The Crow

Filem yang diadaptasikan dari komik The Crow karya James O' Barr ini pernah dijadikan siri tv dan difilemkan beberapa kali oleh pengarah dengan judul yang berbeza antaranya The Crow: City of Angels (1996), The Crow: Salvation (2000), The Crow: Wicked Prayer (2005), The Crow: Stairway to Heaven (1998). Berbanding filem-filem The Crow yang lain, arahan Alex Proyas dalam The Crow (1994) dikatakan lebih gothic dan mantap serta menandingi karya asal tetapi James O’Barr menganggap pengubahsuaian dalam jalan cerita itu hanya menjadikannya kelihatan lebih mainstream.
The Crow (1994)
[Versi fiem] Mengisahkan Eric Draven, seorang rocker yang mempunyai sebuah band, Hangman’s Noose tinggal bersama tunangnya, Shelly Webster di Detroit, sebuah bandar yang digambarkan dengan masalah sosial, dadah dan kongsi gelap. Sehari sebelum hari perkahwinan mereka (pada malam Devils Night, iaitu sehari sebelum Halloween), apartmen Eric dicerobohi sekumpulan samseng dan dalam kejadian itu, Eric telah ditikam dan ditembak tapi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dia dapat melihat Shelly dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. Eric yang dihumban keluar dari tingkap apartmennya, mati di tempat kejadian sementara Shelly meninggal selepas 30 jam di hospital.

Setahun berlalu.

Roh Eric Draven bangun dari kubur untuk membalas dendam dengan pertolongan seekor gagak (crow) dan menggelarkan dirinya The Crow. Babak-babak seterusnya penuh dengan aksi berbunuh-bunuhan, tembak-tembak dan lawan-lawan sesuai dengan niat asal Eric iaitu menuntut bela atas kematiannya dan Shelly.
Antara babak yang agak menarik perhatian aku adalah semasa Myca, kekasih ketua samseng, Top Dollar mengorek mata mangsa mereka dan memanggangnya di atas sudu. Huhu…The rest korang kena tengok sendirilah, baru terasa thrill.


Walaupun ada beberapa plot dan lokasi telah dirombak dari cerita asal dalam komik, contohnya lokasi kematian Shelly dan Eric, tapi ia tak menjejaskan keseluruhan jalan cerita dalam filem ini.

Brandon Lee
Brandon Lee, anak kepada Bruce Lee yang memegang watak Eric Draven dan The Crow terbunuh semasa aksi tembak menembak di dalam salah satu scene dalam filem tersebut. Walaupun media melaporkan ia adalah satu kemalangan tapi banyak spekulasi dibuat berkenaan kematian Brandon Lee.

Khabarnya, sejak dari tahun 2009, sequel The Crow sedang rancak dalam proses pembikinan di bawah arahan Stephen Norrington. Dia turut menjemput Nick Cave untuk proses script rewriting dan bakal ditayangkan pada tahun ini. Tak sabar betol nak tunggu sequel terbaru ni, harap-harap lebih hebat dari The Crow (1994).


The Crow (1994) Trailer

p/s: “it can’t rain all the time...”

Sentuhan Kuno Deformasi Peribadi oleh Naj

Karya: Naj
Tajuk: Sentuhan Kuno Deformasi Peribadi
Medium: Sekeping kertas A4 berwarna hijau, pensel mekanikal 0.7mm, pakej tangan kanan dan kamera touch-screen LG version entah apa-apa.


Pokok, atau dalam bahasa Melayu murtad ialah tree. Kalian pernah dengar family-tree? Kalau tak pernah dengar, buat-buat macam pernah dengar, ya. Lukisan ini bertemakan Family Tree, aku lukis semasa aku di tingkatan 5, yang mempunyai tag-tag nama 'keluarga' yang tergantung pada sebatang pokok. Aku hanya menggunakan teknik garisan, yakni teknik asas bagi menghasilkan sesebuah lukisan, teknik ini diajarkan cikgu semasa tingkatan 1.

Sesebuah lukisan sebenarnya punya cerita tersendiri. Sama ada cerita gembira, cerita sedih, ataupun cerita cinta. Eceh~ Dan, begitu juga dengan kisah lukisan yang datang dari jari-jemari runcing aku ni. Aku punya cerita tersendiri. Kalian mahu tahu ceritanya?

1) Jika dilihat sekali imbas, mata akan tertancap pada kubur bertulis R.I.P. Di situ, kalian akan lihat tag nama Zazaa yang terputus dan terkeluar dari Family Tree lalu jatuh tepat pada kubur. Al-kisahnya, si empunya diri telah membuat onar yang tak dapat diterima seluruh keluarga (kelas). Walaupun sudah dimaafkan, parut dan bekas luka masih terkesan.


2) Sesebuah lukisan juga boleh menjadi perantaraan komunikasi bagi menggambarkan peribadi seseorang. Self-expression.

Contohnya, lihat pada tag nama Ili, di situ anda akan lihat seorang gadis bersama seekor siput. Dalam kelas, nama samarannya adalah Sipot kerana tindak tanduknya yang lambat dan lembab. Lain pula kisahnya dengan Hanes, yang sedang bersama seekor kucing. Tanda diri beliau punya sifat peri-kekucingan.

Lihat pula tag nama Naj yang memaparkan seorang gadis sedang memegang speaker. Mungkin si Naj ini suka menjerit atau melalak, 'speaker dewan', penghebah internasionalle lagi professional seantero alam, siapa tahu ye dak?


3) Seperti contoh-contoh di atas, dari pemerhatian aku mentafsir tindak tanduk, sifat dan perangai mereka, lalu aku dokumentasikan memori antara aku dan mereka pada kertas A4 ini. Melalui hard-copy ni, aku dapat recall semula perangai-perangai sahabat sekelas aku.

Contoh, tag nama Yasin bersama screen besar bertulis SUNSILK. Tafsirannya mudah, Yasin bercita-cita mahu menjadi seorang model, memperagakan rambut. Jujur, rambutnya sangat cantik, kalah Maya Karin, Megan Fox, dan awek-awek kalian.

Lihat pula tag nama Arif. Al-kisahnya, Arif sangat gemar memakan tempe, setiap kali menu tempe di Dewan Selera maktab, dialah orang paling bersemangat. Jadi, aku paparkan di situ, sebuah syarikat penghasilan tempe, mungkin saja menjadi cita-citanya.

Mungkin hasil tangan ini tidak seberapa, atau tidak menonjol pada mata kalian. Cumanya, nilai sesebuah lukisan itu adalah subjektif. Atau seperti kata arwah, beauty lies in the eyes of beholder.

Sekian. xoxo.

Dihuru-harakan oleh Naj (http://superbtitanium.blogspot.com/)

Awek Komikus: Alia Captain of The Universe

Untuk ruangan Awek Komikus KAOS!, kami telah menghubungi Alia, pemilik blog Captain of The Universe. Sekali tengok, nampak macam blog peribadi yang biasa-biasa saja kita baca tapi apa yang menjadikan ia away from the numbers adalah kejadian-kejadian abnormal, normal, sub normal dan paranormal yang berlaku dalam kehidupan Alia sehari-hari diterjemahkan ke dalam bentuk komik santai yang dilukis menggunakan MSPaint! Aku sendiri masih Parkinson lagi nak lukis biji mata pakai Paint. Tu pasal aku tabik pada mereka-mereka yang menggunakan teknik ni sebab berjaya menjadi manusia tabah dan gigih untuk menyiapkan setiap entri.

Blog ini sangat kelakar dan menghiburkan. Jadi, kalau korang tetiba rasa down dan mengalami tekanan perasaan dengan kadar yang agak kronik, jenguklah ke blog beliau dan aku konfiden, kalau korang tak ketawa guling-guling, paling cikai pun mesti tersengih depan PC/lappy masing-masing.

Ada sesetengah orang terlalu desperate untuk buat kelakar tapi audiens macam kayu je kat situ. Ok, itu maknanya lawak tak menjadi. Tapi sesetengah orang pula mungkin telah diinstall dengan dos kelakar ke dalam genetiknya sejak azali dan mampu buat orang LOL tak hengat. Kami syak Alia memang temasuk dalam golongan yang kedua ni. Jom kita buli dia sikit.
KAOS!: Hey Alia. Nice new hair cut. How’s your day?
ALIA: Hai person whom I shall not name cause it's a secret! Eh..semua orang dah tau nama kau ke? Demmit, aku ingat aku sorang je yang special..Hahahahahaha...ok whatevaaaaaa. Anyhowwwww, I'm good, cuma sengal sengal badan, sakit perut sikit sebab kelaparan, pening kepala sebab banyak kerja, but yeah, LIFE IS GOOOD.....kinda.....a little bit....uh..not really... :( And oh, thanks for the compliment!

KAOS!: We’ve been following your blog from time to time and we just enjoy your post mostly about your normal-daily-life which has been 'cartoonized' or should I say comic strip. Those cute incidents can be ultra hilarious at times and wecan’t stop laughing every time you come out with latest entry. Where did you get that sense of humor, gurl?
ALIA: Oh yeh? Thank you! Though I personally think komik komik itu adalah sangat bangang. Hahaha..

KAOS!: We think THEY ARE KEWL! Selamber katak gitu. Actually we were introduced to your blog by some bloggers out there who find your comics are so slamber and you're not even desperately trying hard to be funny. If you consider your comics bangang, well, we just love those bangangs!!
ALIA: Hahahah it's just bila aku actually TRY to be funny, mesti lawak tu akan turns out to be amat keji dan seribu kali lagi bangang. Baik tak payah try kan! Kan best kalau kita tak payah try nak jadi kaya...mesti jadi kaya kan? HAHAHAH ok, merepek. Whatevaaa! There are just "visual representation" of funny incidents yang berlaku around me. So if you think the strip is hilllaaaarrriiooouuussss, then I don't deserve the credits, it's those people yang should get your praise! Saya hanya tukang report. Hahahaha...


KAOS!: Kudos to THEM who unintentionally make it happen. Tukang report atau Tok Dalang adalah orang yang bertanggungjawap untk tentukan whether viewers should laugh or cry. Tapi ada some entries yang buat aku ketawa sampai terkeluar air mata. Kau memang giler, Alia.
ALIA: Tapi saya tidak segila kau *WINKWINKWINKWINKWINKWINKWINKWINK* Hahah... Tapi macam mana kau boleh rasa kelakar weh? Aku bila baca balik apa aku tulis/lukis, mesti rasa "omgggg taik betulll" tapi sebab dah buat kan..malas lah nak delete pulak....adakah ini bermaksud aku seorang yang humble???? WAWWW!! SUKA! Saya memang humble... HAHSAJSHAHSJHAAA!!! Wow, I contradicted myself in just 1 statement.

KAOS!: Those orang lidi in your comics resembles your blog tag. Did you draw ‘em on paper and scan or simply use any softwares to create them?(gatal nak tanya even dah baca your F.A.Q). I like the eyes part the most. dunno why.
ALIA: Blog tag tu mende weh? Hahahah... Oh banner kat atas tu yek? Hahaha..sori, ai is very the slow one.
Kalau orang lidi yang rupa macam ala-ala terencat tu, I lukis guna mouse dengan MSPaint je...tiada alatan canggih di situ. Cause most of the time, I'll be drawing kat opis sementara menunggu waktu punch in. So that's why lah lukisan tu macam tahiii. Salah satu sebab lagi kenapa lukisan tu macam tahi, sebab aku ni left handed and terpaksa guna settings mouse untuk right handed. So imagineeee betapa susahnya nak lukis a perfect circle! ....oklah, maybe jugak lukisan tu macam tahi sebab I kenot draw.Whatevaaa talk to the hand! (haha motip nak emo?? Sila lempang).

KAOS!: Memang susah nak lukis perfect circle yang free hand guna Paint oii! Lagi mau cakap serupa itu tahi? Kau memang malu-malu kucing, nampak je ayu. Hello Mr. Hands, can we arrange for an interview in my next entry? (I assume your hands are male). Damn, aku dah start buat lawak slapstick!
ALIA: .......yes, kau dah buat lawak slapstick spastik.......................And I found that VERY FUNNY!!! HAHAHAHSJASHASJH. Bongok gilaa!! Hahahaha yes, meet Mr Right and Mr Lefty. Awwww. Anyway, I think I've mentioned this dalam F.A.Q section tu, kenapa tanya lagi HAAA?? HAAAAAAAA??? HAAAAAAAAAAAA??????????????????? Hahahah saiko, tetiba nak menaga.

KAOS!: Yang tu kat your F.A.Q. Takde unsur-unsur ramas mesra. Bila kitorang tanya camni kan dah keluar jawapan version lain? Lagi ganas dari your F.A.Q yang takde perasaan tu. Aku prefer lagi jawapan-jawapan saiko camni. HAHA!
ALIA: Hehe, mana ada saikosis...saya ialah seorang perempuan ayu, lembut lagi menarik kalbu! HAHAHAJSHADJHADJHADJ. Suka the eyes part the most? Apakah? Tu cuma brush bulat besar warna hitam, then tepek brush bulat kecik warna putih atas dia je. Hahahah..

KAOS!: Ade efek 2-D di situ. Wa suka maa...
ALIA: Saiko betul...hahah

KAOS!: Any comic artists that influenced you?
ALIA: Ada, tapi I dunno their names...aku tau nama comic diorg je..haha....some of the names yang aku boleh fikir right now are Explosm, Amazing Super Powers, xkcd and DogHouse. Maybe ada sesetengah yang tak suka their style, but it's okayyyyy, cause I enjoy satire and cynical humor, soooooooo......*ayat tergantung*


KAOS!: Comics strips are supposed to be funny, put aside the powerful drawing skills unless you're working for DC or Marvel. I prefer reading a simple sketches rather than perfectly drawn serious comic book to start my day!
ALIA: TRUEEEEEE!! I mean kalau nak baca komik komik serious, itu bukan komik namanya...itu macam baca buku Principles of Accounting, Economics and Finance Management. Yawnnnnnnn. Pastu pening sebab banyak sangat perkataan. Hahahaha...

KAOS!: Sebelum 'Captain of The Universe', tagline blog adalah 'I R AWESOME'. Kau memang suka tukar-tukar ke?
ALIA: Prior to this name, my blog's name selalu tukar tukar. Nama semua agak ridiculously stupid hahaha...macam "Wrapped in a naked cover", "Cheese! Or I'll shoot!", "i has blog", apa lagi ntah aku tak ingat. And "i r awesome" was supposed to follow trend lah, kira ada time limit, tapi entah macam mana, orang dah start recognize my blog as i r awesome. Sooo howww, have to stick to it lah.

KAOS!: Aku ingat lagi header I HAS BLOG tu. cute jer. IR AWESOME senang lekat kat otak tapi aku suka "Cheese! Or I'll shoot!"
ALIA: Tapi aku macam tak suka, sebab bila aku google "i r awesome", results dia keluar macam macam, ai wan to be unique :(
Tapi kalau aku tukar nama blog jadi "SUPERMODEL'S BLOG" rasa-rasanya ada orang nak lempang tak? HAHAHAHAHAHAHAH

KAOS!: What's wrong with THAT? Tapi kalau Paris Hilton yang letak nama tu memang sumpah aku lempang dia laju-laju. MIAHAHAHA (gelak jahat).
ALIA: OMAIGODDDDDDDD TAK BAIK TAUUU KESIAN DIA!!!!!!! ...........KIDDING! JOM SEPAK DIA LAJU LAJU!!!! Hahahahaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...