#Adobe : Aplikasi Untuk Professional


Selain daripada lukisan manual menggunakan pensil atau marker, karya juga boleh dihasilkan dengan menggunakan applikasi canggih seperti adobe Photoshop, Illustrator, Flash & banyak lagi


Photoshop merupakan applikasi paling urban pada masa kini..segala perkara dapat di tunaikan dengan segera dengan wujudnya Photoshop..selain itu, di dalam bidang professional juga, kepakaran menggunakan aplikasi Photoshop amatlah dititik berat..contohnya bidang fotografi..sebuah gambar yang cantik tidak dapat dikomersilkan jika wujudnya kecacatan, maka disitu, kepakaran Photoshoper akan mengedit & menghasilkan sebuh foto yang menarik & tampak lebih hidup



Tidak ketinggalan juga aplikasi Illustrator yang kian berkembang penggunaannya pada dasawarsa kini..contoh terbaik yang boleh dihasilkan di aplikasi Illustrator adalah Vector..seni vector adalah menggunakan garis garis bengkok & lurus demi menghasilkan figura yang diingini..vector amat sesuai dihasilkan di applikasi Illustrator kerana pembengkokan yang sangat sempurna hanya dapat dihasilkan di applikasi Illustrator


Oleh itu, karya bukan bergantung kepada pensil & pemadam sahaja..pendedahan harus di lakukan bagi membuka mata manusia akan variasi penghasilan karya karya



 

Lakaran Watak Komik oleh Isaac Ismael

Isaac Ismael adalah salah seorang penyumbang regular blog ini. Kami hargai segala artwork yang telah dihantar untuk dikongsi bersama. Bagi penggemar watak komik antarabangsa seperti keluaran DC dan Marvel umpamanya, tentu anda mengenali watak-watak superhero dan villain yang dilukis Isaac kali ini. Kesemua lakaran dilukis pada tahun 2009, kebanyakannya menggunakan pen lukis (teknikal) dan marker.

Ciri lakaran komik biasanya dilukis dengan outline (garisan luar) yang tebal seperti yg dapat kita lihat di bawah. Pen yang lebih halus matanya seperti pen lukis (teknikal) digunakan untuk garis-garis yang lebih detail di bahagian dalam sesuatu objek. 

TajukSkuter Girl
Medium: Pen lukis

Untuk tujuan mendakwat (inking), pelukis komik profesional biasanya menggunakan berus dan dakwat melukis (drawing ink) selain pen yang berbagai saiz mata. Tetapi teknologi perkakasan komputer harini yang semakin berkembang memudahkan kerja-kerja inking, contohnya menggunakan Adobe Illustrator seperti video tutorial yang ditunjukkan di bawah. Teknik digital inking seperti ini menjadikan sesuatu lakaran komik lebih kemas dan jitu.

Tajuk: Joker
Medium: Pen lukis


Tajuk: Kamen Rider
Medium: Pen lukis dan Marker

Video berikut menunjukkan teknik inking secara manual yang biasa dipraktikkan pelukis-pelukis terdahulu sebelum munculnya teknologi yang memudahkan lagi kerja-kerja melukis, mendakwat dan seterusnya mewarna keseluruhanya secara digital. Tetapi masih ada pelukis komik profesional yang masih mengekalkan teknik ini untuk mencapai kepuasan melukis yang sebenar.



Tajuk: Spiderman
Medium: Pen lukis


Lakaran Dari Aniss Farisa

Karya: Aniss Farisa
Medium: F
aber-Castell 0.1 dan 0.5 on sketchpad.
Blog: lelehanaksara.blogspot.com
Deskripsi: Menurut zombie ini, ia diconteng di dalam kelas, di mana pengkisahan contengan tanpa niat, calitan yang diteruskan yang dalam pertengahan contengan, terfikir untuk membuat sesuatu yang pelbagai rupa dan maksud. kawan kat sebelah cakap weh buatlah ala ala motor. dan mata itu sebenarnya simbol mengantuk oh tolong nak merangkak balik ke bilik.




Sketching VS Doodling

Ada perbezaan ke antara lakaran (sketching) dan contengan (doodling)? Walaupun ada yang berpendapat kedua-duanya adalah perbuatan membentuk sesuatu objek menggunakan alatulis dan hampir sama sifatnya, tetapi dari segi makna dan jiwanya tetap ada perbezaan. Kali ini, kami akan menampilkan karya Isaac Ismael, Adil (Heroic Zero) dan Nurul Faziana. Mungkin pembaca boleh tentukan yang mana satu sketching dan doodling.

Tajuk: Babi sana sini
Medium: Pen, free-hand , manual 
Deskripsi: Kita selalu babikan itu dan ini


Menurut Pansy Grunau, doodling bersifat peribadi dan bebas. Pada masa yang sama, berlaku komunikasi di antara doodler dan jiwanya. Ini kerana, sesetengah penghasilan doodle berlaku tanpa melibatkan kesedaran diri, contohnya ketika anda asyik bergayut di telefon tetapi tangan mula menconteng sesuatu dan anda langsung tidak sedar apa yang telah diconteng kerana ia berlaku secara spontan.


Tajuk : Re-born .
Karya : HEROICzero ( HZ ) 
Medium : free-hand , manual 
Deskripsi: "Dilukis dengan stroke yang kasar, dan tidak kemas. Saja dibiar begitu.Terpulang pada definisi sendiri . Idea asal datang bila imaginasi bagaimana manusia itu ‘lahir-semula’ dari susuk asal jasad yang ada" - HZ
Blog : www.heroiczero.blogspot.com ; www.sarkasis.blogspot.com
Manakala lakaran atau sketching menurut Pansy, lebih bersifat akademik. Ketika melakar, anda biasanya sedar tentang penggunaan teknik-teknik yang dipelajari dan minda bawah sedar anda sentiasa hadir. Definisi lakaran itu sendiri bermaksud lukisan kasar yang mewakili ciri-ciri ketua objek atau tempat kejadian dan sering dibuat sebagai satu kajian awal.


Karya: Nurul Faziana
Tajuk: Sayangkan aku, sayang
Medium: Pensil, free-hand , manual 



Lakaran oleh Isaac Ismael

Karya: Isaac Ismael
Medium: Pen
Blogwww.stabbedmiles.blogspot.com
Deskripsi: Menurut Isaac Ismael, "Bigoldman itu percubaan manual menggunakan pen dan shadow hitam putih. Lakaran yang lain itu ilustrasi experimentasi luahan rasa.".
Biogoldman

Bisikan Maut

WTFWednesday

Fucked up 2

Backstabber

Seni Digital : Doodle oleh Peddo.

Tajuk: The Willpower to Survive.
Medium: Adobe Flash CS3
Blog : Penulis di Sarkasis dan KontrolHisteria. Kadang-kadang berada di Aksara Kecil, dan kadang-kadang di Just Writing.










Deep. True? Everybody has their own willpower to survive. What left is just how many percent of yours, to differentiate you with others? Is it higher than Donald Trump's willpower? Or Tun Dr Mahathir's? Think it.

Media Campuran : Catan atas Kolaj oleh Peddo.

Tajuk : Gadis Tanggal Baju.
Medium : Catan poster warna monokrom atas kolaj suratkhabar.
Blog : Penulis di Sarkasis dan KontrolHisteria. Kadang-kadang berada di Aksara Kecil, dan kadang-kadang di Just Writing.



Deskripisi : Seorang gadis bawah umur berdada rata memang fetish pereka ini. Ia sebenarnya adalah satu tugasan yang diberikan pensyarah kepadanya, untuk melukis/mereka apa sahaja yang berkaitan dengan catan. Catan itu kemudiannya akan ditranformasikan kepada skulptur. Ini adalah hasil awal pereka sebelum ianya ditransformasi kepada skulptur. Disebabkan tidak punya wang untuk membeli warna poster / cat air, maka pereka ini menggunakan kertas-kertas suratkhabar untuk dijadikan catan. Ia bukanlah catan, tetapi kolaj. Kolaj itu disusun dengan menggunakan bacaan secara vertikal untuk bahagian latarnya, dan bacaan yang disusun secara horizontal untuk bahagian badannya. Rambutnya menggunakan kertas advertismen dalam suratkhabar, yang sebahagian halamannya didominasi dengan hitam. Catan efek tona bayang pula menggunakan warna poster dipinjam dari kawan. Termasuk berus dan bekas air.

Untuk menceritakan mengenai falsafah di sebalik rekaan ini, sangatlah panjang. Jadi.. rasanya tak perlulah diceritakan di sini. :P

Seni Ruang Negatif

Tentu ramai dari kita yang biasa tengok imej seperti di sebelah kanan ini. Ilustrasi atau imej sebegini dipanggil seni ruang negatif atau dalam bahasa yang lebih familiar di kalangan penggiat seni adalah negative space art. Apa yang dimaksudkan dengan ruang negatif adalah ruang antara objek-objek atau bahagian sesuatu objek. Ruang negatif juga termasuk ruang di antara objek dan pinggir kanvas, iaitu ruang di sekeliling objek, contohnya kawasan berwarna hitam dalam imej di sebelah.
Biasanya seni ruang negatif ini lebih sinonim dengan ilusi optik. Apa yang menarik tentang seni ini adalah, sesebuah ilustrasi itu mampu memberi dua gambaran atau cerita yang berbeza. Imej di sebelah contohnya, jika dilihat dalam dimensi ruang negatif, apa yang kelihatan adalah dua wajah manusia yang saling menghadap di antara satu sama lain (kawasan berwarna hitam). Manakala subjek utama yang menyerupai sebuah pasu (kawasan berwarna putih) yang simetri bentuknya adalah ruang positif. Biasanya kecenderungan seseorang manusia terhadap penggunaan otak kanan dan otak kiri menentukan objek yang mula-mula dikenalpasti di antara dua objek atau kawasan positif dan negatif yang terdapat dalam sesuatu imej.



Salah seorang ilustrator dari Malaysia yang giat dalam seni ruang negatif adalah Tang Yau Hoong. Beliau yang berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang ilustrasi, visual art dan rekaan grafik ini banyak menghasilkan ilustrasi untuk dicetak pada pakaian terutamanya t-shirt. Berikut adalah beberapa karya beliau dalam rekabentuk urban dengan unsur-unsur surrealisme.



Ada banyak lagi ilustrasi menarik dari Tan Yau Hoong di laman web peribadinya dan halaman Facebook. Check out these cool links!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...