Poster Propaganda

Salam sejahtera para pembaca KAOS!

Dah lama laman KAOS! tak dikunjungi pembaca & penulis. Mungkin kesibukan duniawi menganggu perjalanan mengembangkan blog KAOS! ke taraf paling agung.

Jadi bagi mengembalikan zaman kegemilangan KAOS!, kami paparkan beberapa hasil kerja dari AbgZam selaku penulis yang diserap di atas hasil kerja beliau yang sangat power power.


"Sejak kebelakangan ni, abang cuba mendalami vektor ala propaganda atau poster. Vektor poster lebih mencabar kerana ketelitian & ketepatan geometrik sangat penting. 

Ni adalah beberapa poster abang dah buat. Harap harap ada kompeni mintak izin kat abang nak jadikan sticker atau baju t-shet. Bisnes pun jadik. Hewhew"

 - Abang Zam









Fotografi : jejak pertama

IMG_2623 copy

Automotif dan fotografi jikalau di kaitkan, ibarat isi dan kuku , bagai pinang dibelah dua , ibarat aur dan tebing.

IMG_3025

Laju atau duduk terdiam sesebuah kereta itu bukan menjadi masalah, dgn kehadiran seni alur badan sesebuah kereta , ianya pasti mencubit hati jurufoto untuk mengambil masa untuk mengolah gambarnya, tetapi adalah sudah menjadi lumrah alam apabila enjin berdengung , pasti membuatkan si jurufoto lebih berahi menunggu utk melepaskan pengatup/shutter.

IMG_6227

Melalui hubungan internet , kita mampu berkongsi ketagihan fotografi , ketagihan automotif , kerana bukan semua mampu menumpukan masa dan kewangan utk kesemua minat mereka , melalui orang lain , kita mampu melempias nafsu terhadap sesuatu perkara.

IMG_2611

Naik turun naik sukan permotoran juga mampu bergantung kepada sang kamera, jika diolah dengan betul
gambarnya , pasti mampu memetik muda muda mahupun membuat golongan veteran kembali semula.

IMG_0478 copy2

Perjalanan seseorang jurugambar sukan permotoran kadang kala bermula dari tempat yang tak kita semua tidak mampu menyangka. siapa tahu , ianya mungkin bermula dari individu itu hanya meminati mengambil gambar still , landscape mahupun potrait . mungkin ngauman enjin 8 banger itu yang menarik beliau , atau mungkin hanya dari enjin pekak levin 86 empat throthle individu.

sandwich time.

kadang kala ianya agak lucu , bila difikirkan , seseorang itu tidak memikir panjang dan mula mencampakkan
diri dia sendiri juga ke dalam dunia permotoran. Hanya bermodalkan keghairahan dan minat dan mungkin juga kebodohan. kerana harus di ingatkan juga bahawa , drift dan fotografi itu adalah penyakit yang datang dari nafsu manusia sendiri. kemahuan yang lebih dari keperluan.


Komik Grafik Zint : Under 18 Elite

Majalah GEMPAK Starz pada tahun ini cadangnya nak banyak release buku komik grafik & semua komik adalah fresh & ada tema tema tertentu. Setiap pelukis komik grafik dari GEMPAK Starz dah pun berhempas pulas menghasilkan buku komik grafik bagi tahun 2012

Zint
 
Dan bagi aku, Zint adalah salah seorang pelukis komik yang sangat aku kagum. Walaupun Puppeteer mengunguli tempat pertama dalam hati dengan teknik stroke tebal & pekat, tapi Zint sudah semakin matang dalam menghasilkan karakter komiknya. Kalau dulu Zint menghasilkan karakter yang bulat & banyak lengkung, sekarang Zint lebih hasilkan karakter & teknik stroke yang lebih halus & tajam. Serius, kalau dulu Zint sangat gagal dalam bina watak awek yang body solid & hawt, tapi sekarang dah ada kemajuan

Perhatian kepada peminat abang Zint! komik grafik terbaru beliau dah pun release!
 
Aku akan tampilkan komik grafik Zint terbaharu, Under 18 Elite. Kisah atau summary aku tak nak cerita. Kau boleh beli dekat GEMPAK Store, atau pun pergi 7E. POPULAR pun ada jual

Di bawah adalah koleksi UNDER 18 oleh abang Zint


2012
2010

2009
2008


2007

2006
2001



Graffiti : Stop Motion Dari Broken Fingaz

Jarang jarang nampak orang malaysia punya bakat buat graffiti berlevel power & gempak..dulu masa dekat sekolah ada lah beberapa budak tunjuk bakat conteng dinding Pusat Pendidikan Jasmani simpan bola & kon untuk subjek PJ..tapi itu conteng budak budak & takda level

KAOS! harap, kepada sesiapa yang ada bakat terpendam pandai bikin graffiti cantik cantik, mohon join competition atau event event kesenian apa apa..kalau nak di jadikan cerita, makwe makwe 2012 suka budak ada bakat bikin graffiti..nampak stylo katanya



Ini video stop motion hasil bikin daripada Broken Fingaz..gempak tak gempak orang mat salleh punya minat dalam art..apa pun jadi

Jadi, kamon malaysian..bila nak power kalau segan segan nak tonjol bakat



Grafik Vector : KAMA SUTRA Lebih Attractive

Di post yang lepas, KAOS! ada terangkan sedikit apa itu seni grafik vector..vector adalah salah satu teknik grafik digital yang semakin mendapat tempat di hati para peminat Illustrator kerana ciri vector yang bebas & funky

Hari ini, KAOS! ingin tampilkan sebuah seni grafik vector yang sangat jelas dengan isi & maksud..persembahkan


KAMA SUTRA : Penguin Classics Deluxe Edition



Pada masa dahulu, Kama Sutra adalah sebuah bahan tontonan bergenre porno & hanya dapat di akses oleh remaja 18 tahun ke atas..namun begitu, di atas idea inovasi & keinginan kreativiti yang tinggi, Kama Sutra kini sudah di jadikan sebuah bahan bacaan berkonsep modern art (vector)



KAOS! merasakan sesuatu feeling yang amat kagum..walaupun bercirikan modern art, nilai nilai porno masih di kekalkan dengan berjaya

Sumber : facebook.com/Cool Grafik Design




Grafik : Vector

Vector merupakan satu bidang seni yang sama dalam konteks seni digital..apa apa yang digital ni kiranya menggunakan teknologi ataupun software seperti Illustrator & Photoshop..walaubagaimanapun, bidang fotografi juga perlu menggunakan software..malah, harus mahir

Vector sangat popular di kalangan penggemar seni digital..kerana grafik vector memberi kebebasan dalam membentuk & mewarna semula actual subject..seperti vector, terdapat satu jenis lagi seni grafik yang menjadi kegilaan dalam seni digital..Bitmap


Bagi abang, abang ada seorang idol dalam seni vector & abang sangat mengkaguminya..Ayib dari Indonesia


Ayib menonjolkan seni vector yang sangat berbeza daripada yang lain..selain vector, Ayib juga power dalam grafik Bitmap..boleh lihat hasil kerjanya yang banyak di ayib.deviantart.com

Abang juga ada menghasilkan beberapa jenis vector yang sangatlah tidak cantik






Software paling bagus untuk menghasilkan grafik vector ialah Adobe Illustrator..kerana Illustrator menyediakan Pen Tool yang sangat bagus dalam mencipta lengkungan berbanding Photoshop

Sentimental Sebuah Potret : Azreen Yusof

Di posting yang lepas, KAOS! telah pun siarkan karya agung Azreen Yusof yang julung kali di tayang ke publik..karya Potret Atuk itu dikatakan sangat bermakna buat dirinya

Kali ini, KAOS! ingin update semula cerita syahdu di sebalik mahakarya agung Azreen Yusof..seperti yang kita tahu, setiap seni ada ceritanya

Dan ini cerita Azreen Yusof




Ini potret kesayangan atok. special request darinya. dia minta aku lukis ini sebelum aku masuk matriks UIA, tahun 1999. 

Ya. ia kenangan. sebenarnya aku paling tak suka melukis potret. perlu fokus. perlu kemas. perlu jadi. melukis, bagi aku perlu ada jiwa. sepenuh hati. dan lukisan potret adalah seni lukisan yang julung-julung kali aku buat.

Mengimbau kembali.

Ketika aku duduk rehat-rehat tak berbuat apa-apa, atok menghampiri sambil berkata,

"Azreen, lukiskan muka atok. atok nak taruk dalam frame. besar-besar. barula hebat. barula best. ingat sultan je yang ada gambar potret? atok pun ada!"

Atok ketawa besar.


"Hmm. kalau tak jadi macamana tok? azreen bukannya pandai sangat lukis potret. kang muka senget-senget. cemana?"


"Alah. mesti jadi punyalah. sebab atok yang suruh. jap lagi atok belikan kertas lukisan. lusa dah nak pegi register dah. kang tak sempat siap pulak."




Berbekalkan sekeping foto bersaiz passport, aku mula melukis. dekat dua jam juga baru siap. atok sangat gembira. dibawanya lukisan tersebut ke rumah sedara mara berdekatan. petang itu juga dia ke kedai bingkai gambar.


Pertama kali. ada orang yang menghargai lukisan aku. ia dibingkaikan.


Setiap kali orang datang bertandang, atok akan menceritakan perihal potret itu. tanpa jemu. 


Cuba lihat potret saya tu. cucu saya yang lukis. 


Kadang-kadang sampai aku naik segan pula. kerna ia tidak seberapa. 


Kini, semuanya tinggal kenangan. atok dijemput ilahi pada tanggal 8hb may,2010. potret itu masih berada di dinding yang sama. ia kebanggaan atok hingga akhir usia. 


Al fatihah.





 
Walaupun cuma sebuah potret biasa bagi pembaca, tapi karya itu sebuah memori & kisah perhubungan antara Azreen & atuknya..hingga akhir hayat atuknya, potret itu masih setia di dinding bersama nilai sentimental

Semoga Azreen Yusof terus cekal & masih mampu melukis potret malah yang lebih rare dari ini..jangan putus asa



Azreen Yusof : Seni Potret Atuk

Azreen Yusof telah berkongsi kepada kami di KAOS! dengan menghantarkan karya agungnya yang julung kali di kongsikan kepada orang ramai

Tajuk : Potret Atuk
Medium : Pensil, Pen & Kertas
Pelukis : Azreen Yusof



Foto Original Atuk


Azreen Yusof juga ada menyatakan kepada KAOS! ketika menghantar karya..ini petikan original daripadanya


Aku nak hantar lukisan potret atuk yg dilukis pada tahun 1999.
Aku jarang lukis potret sebab ia perlukan masa yg lama dan kesabaran yg tinggi.

Tapi potret ini sangat istimewa.
Ia punya cerita. Kenangan dalam kenangan.

Karya bersifat potret dari aku, yang pertama diframe dan
digantung di dinding.


Memang benar, setiap potret yang terhasil pasti ada memori & kenangan yang tersendiri bagi si pelukis..potret juga boleh dihasilkan bagi memperingati insan yang telah pergi, atau seseorang yang di sayangi..atau juga seseorang yang dikagumi

Jadi, pada KAOS!, lukisan potret dari Azreen Yufof ini adalah seni potret yang tersangat rare kerana dihasilkan diatas dasar ikhlas & sayang terhadap atuknya..bukan atas niat inginkan perhatian atau pujian, potret ini ada nilai tersendiri bagi Azreen, mungkin keluarga



Mungkin Azreen boleh lagi share kepada KAOS! & pembaca yang lain dengan berkongsi apa jua jenis karya seni di zonxkaosx@gmail.com



Perhatian kepada mereka yang meminati seni!

Blog ini bertujuan untuk mengongsikan karya-karya pinggiran kalian yang terpendam, kerana ada di antara kalian melampiaskan masa lapang dengan melukis, menconteng, membuat manipulasi foto atau menangkap gambar mahupun memanipulasikan produk Adobe Photoshop/Ilustrator untuk menghasilkan sesuatu yang menginzalkan diri kalian sendiri. Maka, apa kata kalian menghantarnya kepada kami di emel zonxkaosx@gmail.com untuk meraikan seni dan minat kita, sebarang karya yang berkaitan dengan arsitektur adalah amat dialu-alukan kerana kami juga menggalakkan output ilmiah dari blog ini.

Salam hormat, dari kami, team KAOS!

p/s: Kami turut mencari penyumbang karya tetap KAOS! Sila emel kami di zonxkaosx@gmail.com jika berminat untuk menyertai team kami.

Video : How To Doodle





Kau suka melukis doodle? kau masih berada di tangga amatur dalam seni doodle? kurang faham erti seni doodle? contoh doodle? bagaimana hendak men-doodle?

Video di atas merupakan contoh doodle yang boleh senang didapati di laman youtube.com..jika anda tertarik untuk belajar melukis doodle, belajar lah di sana..banyak video yang melukis doodle yang cantik cantik & lawa lawa

Apa apa pun, kucing dalam video tu syomeel sangat :)


Medium Paint oleh Zabrina Haider di ZineSatuMalam

Di ZineSatuMalam diadakan event melukis apa saja dengan menggunakan Paint yang tersedia installed oleh Windows. Salah seorang yang menarik minat pihak KAOS! untuk diterbitkan di ruang ini ialah Zabrina Haider yang banyak menggunakan teknik smudge dengan oil brush. Berikut adalah lukisan-lukisan yang boleh didapati di page Facebook ZineSatuMalam.


hebat mana pun kau pada tinggi kaki langit, ada masa nanti kau diseru mati rebah ditelan tanah pada bumi.






Lukisan pemilik http://bonekadalamchermin.blogspot.com/    


Lejen Komikus: MiMPYNGERY The Art Of Horror!

Ruang Komikus KAOS! kali ini akan mengetengahkan seorang pemilik MiMPYNGERY di DeviantArt mahupun di blogspot ini. Apa yang menarik tentangnya adalah dia sering menerapkan elemen abnormaliti dan gore di dalam hasil karyanya. Antara hasil karya yang dimuatkan di dalam Deviantart boleh didapati di sini. Turut disiarkan di blog ini adalah hasil karyanya yang original.

Berikut adalah temubual dari kami dengan pemilik MiMPYNGERY yang bakatnya memang tak dapat dinafikan, original!

KAOS!: Hi, Jid Haziq, selaku wakil dari KAOS!, aku nak temubual kau selaku pemilik MiMPYNGERY. Jadi boleh perkenalkan diri kepada pembaca KAOS!?
Jid:  Salam. Hey KAOS!, Nama aku Jid. Aku dilahirkan di negeri sawah padi dan dibesarkan di merata tempat, Chini, Kulim, Kuala Ketil, Sibu, Nyalas, Miri, Sandakan, dan Kuala Lumpur. Kerap bertukar sekolah, 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah.Kemudian, join PLKN, masuk UiTM Melaka (bapok bersepah). Semasa di UiTM, aku ambil bidang seni iaitu Diploma Seni Reka Grafik & Media Digital selama 3 tahun. 

KAOS!: Dalam menghasilkan karya kau, kau banyak berinspirasikan tentang apa kebiasaannya? Sama ada ia komik/novel/filem atau apa-apa saja yang dapat mencetuskan ilham untuk grafik yang mantap ni. Mind to share?
Jid: Hmmm, Aku tak baca komik sangat, tapi aku suka komik-komik dari Naoki Urasawa dan Junji Ito. Mereka ni boleh persembahkan scene atau mood yg lain - macam hanya di atas kertas. Fuh! Meremang bulu roma. Kemudian, sejak kebelakangan ni aku suka style dan mood yang dibawa oleh High Renaissance Art dan juga Cross Hatching Illustration. Hasil karya aku mmg agak cartoonish sikit yang melibatkan vektor, ini sebab aku masih terikat dgn trend semasa tahun 2006-2008. Jadi, skarang aku masih gunakan vektor tapi stroke makin improving dan ada sedikit diterapkan dengan stroke Cross Hatching. Musik juga memberi aku inspirasi utk hasilkan karya, contohnya Death Metal. Dulu aku bnyk dengar Death, Brutal Death, Death-Black, itu yg karya aku bnyk makhluk-makhluk Neraka. 
KAOS!: Apakah teknik/medium yang kau suka gunakan dalam karya kau?
Jid: Antara teknik yg aku suka adalah Cross Hatching (kan dah ckp tadi), Oil Painting, Dots, Surealism, Realism, Manga dan Charcoal.

KAOS!: Adakah kau jadikan ruang ekspresi karya kau sekadar hobi atau pun sambilan mahu pun sebagai karier?
Jid: Mesti lah karier. Kalau boleh aku nak letak jawatan current job aku ni semata-mata utk melukis - cari duit dari rumah, lebih buat aku gembira. Aku ada buat satu jenama baru dibawah MiMPYNGERY, jenama ni akan kluarkan produk yang melibatkan apparel, dari atas sampai bawah seperti topi, jaket, jeans, kasut, accessories dan banyak lagi. So, in the future, sebagai karier aku, aku nak naikkan jenama ini. Kiranya Mimpyngery akan jadi Design Studio, hanya akan hasilkan design sahaja.

KAOS!: Wow, moga berjaya dalam menaikkan jenama ini, aku tunggu produk kau keluar, sebab bakat sebegini agak rare di Malaysia. Sedikit soalan yang lari dari landasan seni, apa pandangan kau tentang politik?
Jid: Untuk political views, yang hal-hal kecik aku tak minat nak ambil tahu sangat, tapi pada pendapat aku, orang-orang di sana ada agenda mereka sendiri untuk melawan Islam, melawan Tuhan, dan mereka sangat menyanjungi seorang manusia yg cacat sblh mata itu. (if u know what i mean). Dah tercatat dlm Al-Quran. ...dan aku sangat minat Freemason punya art (haha...tiba-tiba).

KAOS!: Freemason? Seems that it is one of your inspiration then. How do you look at yourself in next 5/10 years?

Jid: In 5 years time, that's 2017, I'll run my own company and I'll be engaged, married and i believe in 2017, something is going to happen, the world is going to be messed up. In 10 years time, Let's go to WAR!!!


KAOS!: Yeah! Kebanyakan karya yang dilukiskan berunsurkan thriller dan abnormal creatures, kenapa ia dijadikan base untuk karya yang kau buatkan?
Jid: Karya yang dihasilkan adalah berinspirasikan musik sebenarnya, aku banyak dengar lagu Metal. So, idea dan mood kesemuanya datang dari sana. Contohnya musik Brutal Death Metal, cover album mereka banyak makhluk-makhluk pelik yang cannibal, potong sana sini, darah, guts splattering, memang gore lah.

KAOS!: Kau prefer baca tentang apa?
Jid: Aku baca Davinci Code, Lucifer Code,yang berkaitan dengan benda-benda macam begitu lah. then aku suka beli DVD dokumentari seperti Mystery Quest, Taboo, Nostradamus Effect, Ancient Egypt dan banyak lagi. Kalau ada reading source or dokumentari yg ko agak-agak aku suka (conspiracy) , kau suggest lah kat aku. XD


KAOS!: Kehkehkeh! Aku kalau teori konspirasi ni tak baca sangat sebab aku jenis yang menikmati fiksyen semata. By the way, kenapa blog dinamakan sebagai MiMPYNGERY? Maksud aku kenapa ia digunakan sebagai nama untuk Facebook Page/studio sekali?
Jid: Asal usul nama MiMPYNGERY, pada masa tu, aku nak cipta 1 jenama yg ada kaitan dgn musik Metal. Aku nk jenama itu disebut dalam bahasa Melayu sebab aku taksub dengan bahasa Melayu dan untuk naikkan bahasa Melayu juga. So, aku senaraikan beberapa nama yang agak ganas agar sesuai dengan tema dan konsep. Aku dapat lah nama 'Mimpi Ngeri', tapi aku ubah sikit jd 'Mimpyngery' supaya nampak komersial dan international. Tapi kalau org putih nk pronounce susah skit, ia akan jd "Mimpy n' Gery" ...hehi
KAOS!: Aku perasan kebanyakannya art kau mempunyai imaginasi fiksyen yang tersendiri, apa yang paling kau suka lukis sebenarnya? Dan ya, certain karya kau creepy and I can feel it well.
Jid: Kalau dulu, dari tahun 2007- pertengahan 2011, aku memang suka lukis imaginasi fiksyen, suka cipta makhluk-makhluk baru/fresh (sbb org lain asyik buat zombie n tengkorak je). Tapi sekarang, aku tumpukan perhatian utk melukis karya yg lebih misteri mcm High Renaissance, dan cipta simbol-simbol 'occult' tersendiri utk jenama aku yang terbaru. Nantikan ya, dah keluar produk nanti aku promote kat smua orang.
KAOS!: Yeah! Will do! We are looking forward to it! By the way, thanks for sparing some time with us!

Sekian, semoga saudar Jid akan berjaya establish sebuah brand kepunyaan sendiri yang setanding dengan jenama luar negara yang membanjiri pasaran!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...