Ruang Komikus KAOS! kali ini akan mengetengahkan seorang pemilik MiMPYNGERY di DeviantArt mahupun di blogspot ini. Apa yang menarik tentangnya adalah dia sering menerapkan elemen abnormaliti dan gore di dalam hasil karyanya. Antara hasil karya yang dimuatkan di dalam Deviantart boleh didapati di sini. Turut disiarkan di blog ini adalah hasil karyanya yang original.
Berikut adalah temubual dari kami dengan pemilik MiMPYNGERY yang bakatnya memang tak dapat dinafikan, original!
KAOS!: Hi, Jid Haziq, selaku wakil dari KAOS!, aku nak temubual kau selaku pemilik MiMPYNGERY. Jadi boleh perkenalkan diri kepada pembaca KAOS!?
Jid: Salam. Hey KAOS!, Nama aku Jid. Aku dilahirkan di negeri sawah padi dan dibesarkan di merata tempat, Chini, Kulim, Kuala Ketil, Sibu, Nyalas, Miri, Sandakan, dan Kuala Lumpur. Kerap bertukar sekolah, 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah.Kemudian, join PLKN, masuk UiTM Melaka (bapok bersepah). Semasa di UiTM, aku ambil bidang seni iaitu Diploma Seni Reka Grafik & Media Digital selama 3 tahun.
KAOS!: Dalam menghasilkan karya kau, kau banyak berinspirasikan tentang apa kebiasaannya? Sama ada ia komik/novel/filem atau apa-apa saja yang dapat mencetuskan ilham untuk grafik yang mantap ni. Mind to share?
Jid: Hmmm, Aku tak baca komik sangat, tapi aku suka komik-komik dari Naoki Urasawa dan Junji Ito. Mereka ni boleh persembahkan scene atau mood yg lain - macam hanya di atas kertas. Fuh! Meremang bulu roma. Kemudian, sejak kebelakangan ni aku suka style dan mood yang dibawa oleh High Renaissance Art dan juga Cross Hatching Illustration. Hasil karya aku mmg agak cartoonish sikit yang melibatkan vektor, ini sebab aku masih terikat dgn trend semasa tahun 2006-2008. Jadi, skarang aku masih gunakan vektor tapi stroke makin improving dan ada sedikit diterapkan dengan stroke Cross Hatching. Musik juga memberi aku inspirasi utk hasilkan karya, contohnya Death Metal. Dulu aku bnyk dengar Death, Brutal Death, Death-Black, itu yg karya aku bnyk makhluk-makhluk Neraka.
KAOS!: Apakah teknik/medium yang kau suka gunakan dalam karya kau?
Jid: Antara teknik yg aku suka adalah Cross Hatching (kan dah ckp tadi), Oil Painting, Dots, Surealism, Realism, Manga dan Charcoal.
KAOS!: Adakah kau jadikan ruang ekspresi karya kau sekadar hobi atau pun sambilan mahu pun sebagai karier?
Jid: Mesti lah karier. Kalau boleh aku nak letak jawatan current job aku ni semata-mata utk melukis - cari duit dari rumah, lebih buat aku gembira. Aku ada buat satu jenama baru dibawah MiMPYNGERY, jenama ni akan kluarkan produk yang melibatkan apparel, dari atas sampai bawah seperti topi, jaket, jeans, kasut, accessories dan banyak lagi. So, in the future, sebagai karier aku, aku nak naikkan jenama ini. Kiranya Mimpyngery akan jadi Design Studio, hanya akan hasilkan design sahaja.
KAOS!: Wow, moga berjaya dalam menaikkan jenama ini, aku tunggu produk kau keluar, sebab bakat sebegini agak rare di Malaysia. Sedikit soalan yang lari dari landasan seni, apa pandangan kau tentang politik?
Jid: Untuk political views, yang hal-hal kecik aku tak minat nak ambil tahu sangat, tapi pada pendapat aku, orang-orang di sana ada agenda mereka sendiri untuk melawan Islam, melawan Tuhan, dan mereka sangat menyanjungi seorang manusia yg cacat sblh mata itu. (if u know what i mean). Dah tercatat dlm Al-Quran. ...dan aku sangat minat Freemason punya art (haha...tiba-tiba).
KAOS!: Freemason? Seems that it is one of your inspiration then. How do you look at yourself in next 5/10 years?
Jid: In 5 years time, that's 2017, I'll run my own company and I'll be engaged, married and i believe in 2017, something is going to happen, the world is going to be messed up. In 10 years time, Let's go to WAR!!!
KAOS!: Yeah! Kebanyakan karya yang dilukiskan berunsurkan thriller dan abnormal creatures, kenapa ia dijadikan base untuk karya yang kau buatkan?
Jid: Karya yang dihasilkan adalah berinspirasikan musik sebenarnya, aku banyak dengar lagu Metal. So, idea dan mood kesemuanya datang dari sana. Contohnya musik Brutal Death Metal, cover album mereka banyak makhluk-makhluk pelik yang cannibal, potong sana sini, darah, guts splattering, memang gore lah.
KAOS!: Kau prefer baca tentang apa?
Jid: Aku baca Davinci Code, Lucifer Code,yang berkaitan dengan benda-benda macam begitu lah. then aku suka beli DVD dokumentari seperti Mystery Quest, Taboo, Nostradamus Effect, Ancient Egypt dan banyak lagi. Kalau ada reading source or dokumentari yg ko agak-agak aku suka (conspiracy) , kau suggest lah kat aku. XD
KAOS!: Kehkehkeh! Aku kalau teori konspirasi ni tak baca sangat sebab aku jenis yang menikmati fiksyen semata. By the way, kenapa blog dinamakan sebagai MiMPYNGERY? Maksud aku kenapa ia digunakan sebagai nama untuk Facebook Page/studio sekali?
Jid: Asal usul nama MiMPYNGERY, pada masa tu, aku nak cipta 1 jenama yg ada kaitan dgn musik Metal. Aku nk jenama itu disebut dalam bahasa Melayu sebab aku taksub dengan bahasa Melayu dan untuk naikkan bahasa Melayu juga. So, aku senaraikan beberapa nama yang agak ganas agar sesuai dengan tema dan konsep. Aku dapat lah nama 'Mimpi Ngeri', tapi aku ubah sikit jd 'Mimpyngery' supaya nampak komersial dan international. Tapi kalau org putih nk pronounce susah skit, ia akan jd "Mimpy n' Gery" ...hehi
KAOS!: Aku perasan kebanyakannya art kau mempunyai imaginasi fiksyen yang tersendiri, apa yang paling kau suka lukis sebenarnya? Dan ya, certain karya kau creepy and I can feel it well.
Jid: Kalau dulu, dari tahun 2007- pertengahan 2011, aku memang suka lukis imaginasi fiksyen, suka cipta makhluk-makhluk baru/fresh (sbb org lain asyik buat zombie n tengkorak je). Tapi sekarang, aku tumpukan perhatian utk melukis karya yg lebih misteri mcm High Renaissance, dan cipta simbol-simbol 'occult' tersendiri utk jenama aku yang terbaru. Nantikan ya, dah keluar produk nanti aku promote kat smua orang.
KAOS!: Yeah! Will do! We are looking forward to it! By the way, thanks for sparing some time with us!
Sekian, semoga saudar Jid akan berjaya establish sebuah brand kepunyaan sendiri yang setanding dengan jenama luar negara yang membanjiri pasaran!
0 comments:
Post a Comment