Fotografi : jejak pertama

IMG_2623 copy

Automotif dan fotografi jikalau di kaitkan, ibarat isi dan kuku , bagai pinang dibelah dua , ibarat aur dan tebing.

IMG_3025

Laju atau duduk terdiam sesebuah kereta itu bukan menjadi masalah, dgn kehadiran seni alur badan sesebuah kereta , ianya pasti mencubit hati jurufoto untuk mengambil masa untuk mengolah gambarnya, tetapi adalah sudah menjadi lumrah alam apabila enjin berdengung , pasti membuatkan si jurufoto lebih berahi menunggu utk melepaskan pengatup/shutter.

IMG_6227

Melalui hubungan internet , kita mampu berkongsi ketagihan fotografi , ketagihan automotif , kerana bukan semua mampu menumpukan masa dan kewangan utk kesemua minat mereka , melalui orang lain , kita mampu melempias nafsu terhadap sesuatu perkara.

IMG_2611

Naik turun naik sukan permotoran juga mampu bergantung kepada sang kamera, jika diolah dengan betul
gambarnya , pasti mampu memetik muda muda mahupun membuat golongan veteran kembali semula.

IMG_0478 copy2

Perjalanan seseorang jurugambar sukan permotoran kadang kala bermula dari tempat yang tak kita semua tidak mampu menyangka. siapa tahu , ianya mungkin bermula dari individu itu hanya meminati mengambil gambar still , landscape mahupun potrait . mungkin ngauman enjin 8 banger itu yang menarik beliau , atau mungkin hanya dari enjin pekak levin 86 empat throthle individu.

sandwich time.

kadang kala ianya agak lucu , bila difikirkan , seseorang itu tidak memikir panjang dan mula mencampakkan
diri dia sendiri juga ke dalam dunia permotoran. Hanya bermodalkan keghairahan dan minat dan mungkin juga kebodohan. kerana harus di ingatkan juga bahawa , drift dan fotografi itu adalah penyakit yang datang dari nafsu manusia sendiri. kemahuan yang lebih dari keperluan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...