Digital Art dari Pale

Karya: Pale
Tajuk: -
Medium: MS Paint

Sudah lama rasanya kami tak menerima artwork yang dilukis menggunakan perisian paling otai dalam senarai perisian Windows iaitu MS  Paint. Sebelum munculnya perisian-perisian yang banyak memudahkan kerja-kerja para ilustrator dan pereka grafik sekarang seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan CorelDraw misalnya, Paint digunakan biasanya untuk membuat artwork mudah seperti doodle.


Kami berbesar hati kerana Pale sudi berkongsi dengan karya digitalnya yang dihasilkan menggunakan MS Paint sekitar tahun 2004. Menurut Pale yang menggemari dark art ini, dia banyak menggunakan spray tool dalam lukisan tengkorak ini untuk bermain ton warna. Pada masa tu, katanya dia masih buta IT. Huruf 'P' di penjuru bawah karya ini adalah singkatan dari nickname yang digunakannya, Pale di antara tahun 1999-2003. Tapi bila beliau mula menyambung pelajaran dalam kursus Diploma berkaitan IT, barulah Pale memaksa diri untuk memahirkan diri  dalam penggunaan perisian yang lebih advance. Great job, Pale! We'd love to see more of your artworks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...