Sentimental Sebuah Potret : Azreen Yusof

Di posting yang lepas, KAOS! telah pun siarkan karya agung Azreen Yusof yang julung kali di tayang ke publik..karya Potret Atuk itu dikatakan sangat bermakna buat dirinya

Kali ini, KAOS! ingin update semula cerita syahdu di sebalik mahakarya agung Azreen Yusof..seperti yang kita tahu, setiap seni ada ceritanya

Dan ini cerita Azreen Yusof




Ini potret kesayangan atok. special request darinya. dia minta aku lukis ini sebelum aku masuk matriks UIA, tahun 1999. 

Ya. ia kenangan. sebenarnya aku paling tak suka melukis potret. perlu fokus. perlu kemas. perlu jadi. melukis, bagi aku perlu ada jiwa. sepenuh hati. dan lukisan potret adalah seni lukisan yang julung-julung kali aku buat.

Mengimbau kembali.

Ketika aku duduk rehat-rehat tak berbuat apa-apa, atok menghampiri sambil berkata,

"Azreen, lukiskan muka atok. atok nak taruk dalam frame. besar-besar. barula hebat. barula best. ingat sultan je yang ada gambar potret? atok pun ada!"

Atok ketawa besar.


"Hmm. kalau tak jadi macamana tok? azreen bukannya pandai sangat lukis potret. kang muka senget-senget. cemana?"


"Alah. mesti jadi punyalah. sebab atok yang suruh. jap lagi atok belikan kertas lukisan. lusa dah nak pegi register dah. kang tak sempat siap pulak."




Berbekalkan sekeping foto bersaiz passport, aku mula melukis. dekat dua jam juga baru siap. atok sangat gembira. dibawanya lukisan tersebut ke rumah sedara mara berdekatan. petang itu juga dia ke kedai bingkai gambar.


Pertama kali. ada orang yang menghargai lukisan aku. ia dibingkaikan.


Setiap kali orang datang bertandang, atok akan menceritakan perihal potret itu. tanpa jemu. 


Cuba lihat potret saya tu. cucu saya yang lukis. 


Kadang-kadang sampai aku naik segan pula. kerna ia tidak seberapa. 


Kini, semuanya tinggal kenangan. atok dijemput ilahi pada tanggal 8hb may,2010. potret itu masih berada di dinding yang sama. ia kebanggaan atok hingga akhir usia. 


Al fatihah.





 
Walaupun cuma sebuah potret biasa bagi pembaca, tapi karya itu sebuah memori & kisah perhubungan antara Azreen & atuknya..hingga akhir hayat atuknya, potret itu masih setia di dinding bersama nilai sentimental

Semoga Azreen Yusof terus cekal & masih mampu melukis potret malah yang lebih rare dari ini..jangan putus asa



3 comments:

BonekadalamChermin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

:)

~* chirpy_chummy *~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cantik lukisan ni. setiap seni ada cerita. setuju! dan kenangan dlm lukisan ni agak menyentuh hati..

eh, bukan ke haritu ada gamba ori? dan x silap gmb tu muka arwah agak masam kn? pndai pelukis ubah rupa drp masam kepada senyum, great! (:

BonekadalamChermin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hai Mar,

untuk potret ini, foto asalnya ialah sekeping yg bersaiz passport.

entri yg sebelum ini dikepilkan gmbr ori utk menunjukkan wajah sebenar atuk. :)

terima kaseh sudi singgah sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...