Grafik Vector : KAMA SUTRA Lebih Attractive

Di post yang lepas, KAOS! ada terangkan sedikit apa itu seni grafik vector..vector adalah salah satu teknik grafik digital yang semakin mendapat tempat di hati para peminat Illustrator kerana ciri vector yang bebas & funky

Hari ini, KAOS! ingin tampilkan sebuah seni grafik vector yang sangat jelas dengan isi & maksud..persembahkan


KAMA SUTRA : Penguin Classics Deluxe Edition



Pada masa dahulu, Kama Sutra adalah sebuah bahan tontonan bergenre porno & hanya dapat di akses oleh remaja 18 tahun ke atas..namun begitu, di atas idea inovasi & keinginan kreativiti yang tinggi, Kama Sutra kini sudah di jadikan sebuah bahan bacaan berkonsep modern art (vector)



KAOS! merasakan sesuatu feeling yang amat kagum..walaupun bercirikan modern art, nilai nilai porno masih di kekalkan dengan berjaya

Sumber : facebook.com/Cool Grafik Design




Grafik : Vector

Vector merupakan satu bidang seni yang sama dalam konteks seni digital..apa apa yang digital ni kiranya menggunakan teknologi ataupun software seperti Illustrator & Photoshop..walaubagaimanapun, bidang fotografi juga perlu menggunakan software..malah, harus mahir

Vector sangat popular di kalangan penggemar seni digital..kerana grafik vector memberi kebebasan dalam membentuk & mewarna semula actual subject..seperti vector, terdapat satu jenis lagi seni grafik yang menjadi kegilaan dalam seni digital..Bitmap


Bagi abang, abang ada seorang idol dalam seni vector & abang sangat mengkaguminya..Ayib dari Indonesia


Ayib menonjolkan seni vector yang sangat berbeza daripada yang lain..selain vector, Ayib juga power dalam grafik Bitmap..boleh lihat hasil kerjanya yang banyak di ayib.deviantart.com

Abang juga ada menghasilkan beberapa jenis vector yang sangatlah tidak cantik






Software paling bagus untuk menghasilkan grafik vector ialah Adobe Illustrator..kerana Illustrator menyediakan Pen Tool yang sangat bagus dalam mencipta lengkungan berbanding Photoshop

Sentimental Sebuah Potret : Azreen Yusof

Di posting yang lepas, KAOS! telah pun siarkan karya agung Azreen Yusof yang julung kali di tayang ke publik..karya Potret Atuk itu dikatakan sangat bermakna buat dirinya

Kali ini, KAOS! ingin update semula cerita syahdu di sebalik mahakarya agung Azreen Yusof..seperti yang kita tahu, setiap seni ada ceritanya

Dan ini cerita Azreen Yusof




Ini potret kesayangan atok. special request darinya. dia minta aku lukis ini sebelum aku masuk matriks UIA, tahun 1999. 

Ya. ia kenangan. sebenarnya aku paling tak suka melukis potret. perlu fokus. perlu kemas. perlu jadi. melukis, bagi aku perlu ada jiwa. sepenuh hati. dan lukisan potret adalah seni lukisan yang julung-julung kali aku buat.

Mengimbau kembali.

Ketika aku duduk rehat-rehat tak berbuat apa-apa, atok menghampiri sambil berkata,

"Azreen, lukiskan muka atok. atok nak taruk dalam frame. besar-besar. barula hebat. barula best. ingat sultan je yang ada gambar potret? atok pun ada!"

Atok ketawa besar.


"Hmm. kalau tak jadi macamana tok? azreen bukannya pandai sangat lukis potret. kang muka senget-senget. cemana?"


"Alah. mesti jadi punyalah. sebab atok yang suruh. jap lagi atok belikan kertas lukisan. lusa dah nak pegi register dah. kang tak sempat siap pulak."




Berbekalkan sekeping foto bersaiz passport, aku mula melukis. dekat dua jam juga baru siap. atok sangat gembira. dibawanya lukisan tersebut ke rumah sedara mara berdekatan. petang itu juga dia ke kedai bingkai gambar.


Pertama kali. ada orang yang menghargai lukisan aku. ia dibingkaikan.


Setiap kali orang datang bertandang, atok akan menceritakan perihal potret itu. tanpa jemu. 


Cuba lihat potret saya tu. cucu saya yang lukis. 


Kadang-kadang sampai aku naik segan pula. kerna ia tidak seberapa. 


Kini, semuanya tinggal kenangan. atok dijemput ilahi pada tanggal 8hb may,2010. potret itu masih berada di dinding yang sama. ia kebanggaan atok hingga akhir usia. 


Al fatihah.





 
Walaupun cuma sebuah potret biasa bagi pembaca, tapi karya itu sebuah memori & kisah perhubungan antara Azreen & atuknya..hingga akhir hayat atuknya, potret itu masih setia di dinding bersama nilai sentimental

Semoga Azreen Yusof terus cekal & masih mampu melukis potret malah yang lebih rare dari ini..jangan putus asa



Azreen Yusof : Seni Potret Atuk

Azreen Yusof telah berkongsi kepada kami di KAOS! dengan menghantarkan karya agungnya yang julung kali di kongsikan kepada orang ramai

Tajuk : Potret Atuk
Medium : Pensil, Pen & Kertas
Pelukis : Azreen Yusof



Foto Original Atuk


Azreen Yusof juga ada menyatakan kepada KAOS! ketika menghantar karya..ini petikan original daripadanya


Aku nak hantar lukisan potret atuk yg dilukis pada tahun 1999.
Aku jarang lukis potret sebab ia perlukan masa yg lama dan kesabaran yg tinggi.

Tapi potret ini sangat istimewa.
Ia punya cerita. Kenangan dalam kenangan.

Karya bersifat potret dari aku, yang pertama diframe dan
digantung di dinding.


Memang benar, setiap potret yang terhasil pasti ada memori & kenangan yang tersendiri bagi si pelukis..potret juga boleh dihasilkan bagi memperingati insan yang telah pergi, atau seseorang yang di sayangi..atau juga seseorang yang dikagumi

Jadi, pada KAOS!, lukisan potret dari Azreen Yufof ini adalah seni potret yang tersangat rare kerana dihasilkan diatas dasar ikhlas & sayang terhadap atuknya..bukan atas niat inginkan perhatian atau pujian, potret ini ada nilai tersendiri bagi Azreen, mungkin keluarga



Mungkin Azreen boleh lagi share kepada KAOS! & pembaca yang lain dengan berkongsi apa jua jenis karya seni di zonxkaosx@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...