Isaac Ismael adalah salah seorang penyumbang regular blog ini. Kami hargai segala artwork yang telah dihantar untuk dikongsi bersama. Bagi penggemar watak komik antarabangsa seperti keluaran DC dan Marvel umpamanya, tentu anda mengenali watak-watak superhero dan villain yang dilukis Isaac kali ini. Kesemua lakaran dilukis pada tahun 2009, kebanyakannya menggunakan pen lukis (teknikal) dan marker.
Ciri lakaran komik biasanya dilukis dengan outline (garisan luar) yang tebal seperti yg dapat kita lihat di bawah. Pen yang lebih halus matanya seperti pen lukis (teknikal) digunakan untuk garis-garis yang lebih detail di bahagian dalam sesuatu objek.
Tajuk: Skuter Girl
Medium: Pen lukis
Untuk tujuan mendakwat (inking), pelukis komik profesional biasanya menggunakan berus dan dakwat melukis (drawing ink) selain pen yang berbagai saiz mata. Tetapi teknologi perkakasan komputer harini yang semakin berkembang memudahkan kerja-kerja inking, contohnya menggunakan Adobe Illustrator seperti video tutorial yang ditunjukkan di bawah. Teknik digital inking seperti ini menjadikan sesuatu lakaran komik lebih kemas dan jitu.
Medium: Pen lukis
Tajuk: Kamen Rider
Medium: Pen lukis dan Marker
Video berikut menunjukkan teknik inking secara manual yang biasa dipraktikkan pelukis-pelukis terdahulu sebelum munculnya teknologi yang memudahkan lagi kerja-kerja melukis, mendakwat dan seterusnya mewarna keseluruhanya secara digital. Tetapi masih ada pelukis komik profesional yang masih mengekalkan teknik ini untuk mencapai kepuasan melukis yang sebenar.
Tajuk: Spiderman
Medium: Pen lukis
7 comments:
spiderman apsal jari kontot? isac sila jawab.keh keh~
nice, spiderman ja tiba2 kontot
aku perasan jugak.
jari spiderman pendek.
salah perkiraan.
sigh..tersangatlah rookie ketika itu.
=_="
awesome.
err pinjam jari II lettew.
ni buat semangat nk mlukis ni, heh
lukis byk2
nnt jd hebat
suka lukisan kamen rider itu
lambang spidey tu timbul ! 3D ! ha ha
Post a Comment