Seni Ruang Negatif

Tentu ramai dari kita yang biasa tengok imej seperti di sebelah kanan ini. Ilustrasi atau imej sebegini dipanggil seni ruang negatif atau dalam bahasa yang lebih familiar di kalangan penggiat seni adalah negative space art. Apa yang dimaksudkan dengan ruang negatif adalah ruang antara objek-objek atau bahagian sesuatu objek. Ruang negatif juga termasuk ruang di antara objek dan pinggir kanvas, iaitu ruang di sekeliling objek, contohnya kawasan berwarna hitam dalam imej di sebelah.
Biasanya seni ruang negatif ini lebih sinonim dengan ilusi optik. Apa yang menarik tentang seni ini adalah, sesebuah ilustrasi itu mampu memberi dua gambaran atau cerita yang berbeza. Imej di sebelah contohnya, jika dilihat dalam dimensi ruang negatif, apa yang kelihatan adalah dua wajah manusia yang saling menghadap di antara satu sama lain (kawasan berwarna hitam). Manakala subjek utama yang menyerupai sebuah pasu (kawasan berwarna putih) yang simetri bentuknya adalah ruang positif. Biasanya kecenderungan seseorang manusia terhadap penggunaan otak kanan dan otak kiri menentukan objek yang mula-mula dikenalpasti di antara dua objek atau kawasan positif dan negatif yang terdapat dalam sesuatu imej.



Salah seorang ilustrator dari Malaysia yang giat dalam seni ruang negatif adalah Tang Yau Hoong. Beliau yang berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang ilustrasi, visual art dan rekaan grafik ini banyak menghasilkan ilustrasi untuk dicetak pada pakaian terutamanya t-shirt. Berikut adalah beberapa karya beliau dalam rekabentuk urban dengan unsur-unsur surrealisme.



Ada banyak lagi ilustrasi menarik dari Tan Yau Hoong di laman web peribadinya dan halaman Facebook. Check out these cool links!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...