Lakaran Watak Komik oleh Isaac Ismael

Isaac Ismael adalah salah seorang penyumbang regular blog ini. Kami hargai segala artwork yang telah dihantar untuk dikongsi bersama. Bagi penggemar watak komik antarabangsa seperti keluaran DC dan Marvel umpamanya, tentu anda mengenali watak-watak superhero dan villain yang dilukis Isaac kali ini. Kesemua lakaran dilukis pada tahun 2009, kebanyakannya menggunakan pen lukis (teknikal) dan marker.

Ciri lakaran komik biasanya dilukis dengan outline (garisan luar) yang tebal seperti yg dapat kita lihat di bawah. Pen yang lebih halus matanya seperti pen lukis (teknikal) digunakan untuk garis-garis yang lebih detail di bahagian dalam sesuatu objek. 

TajukSkuter Girl
Medium: Pen lukis

Untuk tujuan mendakwat (inking), pelukis komik profesional biasanya menggunakan berus dan dakwat melukis (drawing ink) selain pen yang berbagai saiz mata. Tetapi teknologi perkakasan komputer harini yang semakin berkembang memudahkan kerja-kerja inking, contohnya menggunakan Adobe Illustrator seperti video tutorial yang ditunjukkan di bawah. Teknik digital inking seperti ini menjadikan sesuatu lakaran komik lebih kemas dan jitu.

Tajuk: Joker
Medium: Pen lukis


Tajuk: Kamen Rider
Medium: Pen lukis dan Marker

Video berikut menunjukkan teknik inking secara manual yang biasa dipraktikkan pelukis-pelukis terdahulu sebelum munculnya teknologi yang memudahkan lagi kerja-kerja melukis, mendakwat dan seterusnya mewarna keseluruhanya secara digital. Tetapi masih ada pelukis komik profesional yang masih mengekalkan teknik ini untuk mencapai kepuasan melukis yang sebenar.



Tajuk: Spiderman
Medium: Pen lukis


7 comments:

bujal X said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

spiderman apsal jari kontot? isac sila jawab.keh keh~

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice, spiderman ja tiba2 kontot

Isaac Ismael said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku perasan jugak.

jari spiderman pendek.

salah perkiraan.

sigh..tersangatlah rookie ketika itu.

=_="

Penjiwa Jalanan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

awesome.

err pinjam jari II lettew.

ni buat semangat nk mlukis ni, heh

Isaac Ismael said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lukis byk2

nnt jd hebat

mentega^^terbang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka lukisan kamen rider itu

HEROICzero said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lambang spidey tu timbul ! 3D ! ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...