Sketching VS Doodling

Ada perbezaan ke antara lakaran (sketching) dan contengan (doodling)? Walaupun ada yang berpendapat kedua-duanya adalah perbuatan membentuk sesuatu objek menggunakan alatulis dan hampir sama sifatnya, tetapi dari segi makna dan jiwanya tetap ada perbezaan. Kali ini, kami akan menampilkan karya Isaac Ismael, Adil (Heroic Zero) dan Nurul Faziana. Mungkin pembaca boleh tentukan yang mana satu sketching dan doodling.

Tajuk: Babi sana sini
Medium: Pen, free-hand , manual 
Deskripsi: Kita selalu babikan itu dan ini


Menurut Pansy Grunau, doodling bersifat peribadi dan bebas. Pada masa yang sama, berlaku komunikasi di antara doodler dan jiwanya. Ini kerana, sesetengah penghasilan doodle berlaku tanpa melibatkan kesedaran diri, contohnya ketika anda asyik bergayut di telefon tetapi tangan mula menconteng sesuatu dan anda langsung tidak sedar apa yang telah diconteng kerana ia berlaku secara spontan.


Tajuk : Re-born .
Karya : HEROICzero ( HZ ) 
Medium : free-hand , manual 
Deskripsi: "Dilukis dengan stroke yang kasar, dan tidak kemas. Saja dibiar begitu.Terpulang pada definisi sendiri . Idea asal datang bila imaginasi bagaimana manusia itu ‘lahir-semula’ dari susuk asal jasad yang ada" - HZ
Blog : www.heroiczero.blogspot.com ; www.sarkasis.blogspot.com
Manakala lakaran atau sketching menurut Pansy, lebih bersifat akademik. Ketika melakar, anda biasanya sedar tentang penggunaan teknik-teknik yang dipelajari dan minda bawah sedar anda sentiasa hadir. Definisi lakaran itu sendiri bermaksud lukisan kasar yang mewakili ciri-ciri ketua objek atau tempat kejadian dan sering dibuat sebagai satu kajian awal.


Karya: Nurul Faziana
Tajuk: Sayangkan aku, sayang
Medium: Pensil, free-hand , manual 



16 comments:

Isaac Ismael said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus entry ni.

thanks, KAOS!

Abang Zam said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus entry nih

HEROICzero said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

noted !

Asrul "iLham" Sany said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

blog yg comel

:D

Bidadari Syurga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

*senyum*

p/s: tak tahu nak komen apa... 'thumb up' boleh?

Shila said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

doodle babi tu cntik..

Eyka said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

babi memang bersepah sepah pon wey! keh keh keh :P

Cik Anita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

babi sana sini.. hehe. Nice entry.

cimöt said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hebat belako!!

si para para said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

korang memang berbakat...
opsss ni bukan komen bodek ok.

.drakula. said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

stylo

hanaahmad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

style!

lavender harum wangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku suka lakaran awal HZ, tapi hasilnya tak sehebat imaginasi awal aku hasil dari lakaran mula . sedikit kecewa .

cik najah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cantiknya..

tangan qlah tgn kayu ! =_='

@amabanzai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

k tak sangka heroiczero adalah boleh melukis

GamUHU said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

HERO kau ada bakat. jangan sia-sia kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...