Awek Komikus: Rifa Johan Pemilik Peti Harta Karut

Ruang Komikus KAOS! kali ini akan mengetengahkan Rifa Johan, pemilik Peti Harta Karut, yang sering menggunakan ilustrasi watak Bobby Pinky yang comel dengan gaya satira yang lucu, serta ceritera-cerita lain yang menyentuh zaman kanak-kanak serta fiksyen dan puisi yang sentiasa diselitkan pengajaran dan ilustrasi hasil  dari kreativiti tangannya sendiri. Antara hasil penulisannya yang boleh mencuit hati adalah:

Berikut adalah temubual dengan pelukis Bobby si babi yang comel di pelantar maya yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia;
KAOS!: Hi, Rifa Johan, selaku wakil dari KAOS!, aku nak temubual kamu yang gemar menconteng di Peti Harta Karut, jadi boleh perkenal diri kepada pembaca KAOS!?
Rifa Johan: Assalamualaikum! Hai, nama aku, Rifa Johan. Nama pendek, Pa. Dekat universiti, aku mengambil course Chemistry, half way, jadi cross-eyed sebab belajar benda-benda yang ‘tak nampak’ seperti molekul (kes buta mata hati). Berhenti belajar dengan alasan tak ada chemistry dengan Chemistry. Sekarang aku kerja sebagai pembantu rumah untuk 1 keluarga orang sederhana kaya dekat JB. (Nota : ‘Rifa Johan’ tidak wujud. Dia hanya doppleganger aku, cermin sisi diri aku yang nakal sedikit, jadi kau tak payah percaya sangat dekat dia ni sebab dia kuat temberang).

KAOS!: Waalaikumsalam (-.-"), wow, menarik lah kerja kamu, percaya-percaya (-.-"). By the way Rifa, kamu selalunya diinspirasikan oleh apa atau siapa dalam lukisan kamu? Stroke dan angle dalam struktur tubuh mendekati realisme tubuh manusia, dan itu adalah wow bagi aku.
Rifa Johan: Filem terbitan Ghibli Studio, negara Jepun dan kartun-kartun Nickelodeon. Sebenarnya lukisan aku tak ada pendirian dan pengaruh dari siapa-siapa. Aku pakai bedal saja, orang kata ‘hentam keromo’. Dan aku ni manalah reti melukis... -_-‘’’’... segan pula ditanya soalan seperti ini.

KAOS!: -.-" Smart lah, sebab ia lucu. Saya kadang-kadang terguling-guling macam tenggiling membaca Peti Harta Karut. Kamu gemar menggunakan teknik dan medium apa biasanya?
Rifa Johan: Senjata primitif seperti pensel, marker RM 1.50, pen lukisan, dan kertas. Kadangkala minat juga menyalit arang, warna air dan pensel warna. Tapi aku ada rasa kecewa sikit dekat scene pensel warna terutamanya Luna dan Faber-Castell (ada lagi ke?). Sebab sekarang, warna dia tak berapa ‘keluar’ sangat berbanding macam masa aku belajar kat tadika, 18 tahun dulu. Aku buta Photoshop, by the way (bukan buta main-main, memang buta kayu).

KAOS!: Serius buta kayu? Haha, kadang-kadang macam photoshop, tapi ia sangat cool dengan menggunakan senjata primitif. Dalam kondisi bagaimana kamu jadikan hasil lukisan kamu, sekadar hobi atau karier atau?
Rifa Johan: Untuk suka-suka je la, langsung tak serius. Bila hati senang, aku doodle. Bila hati tak senang, aku tido. Kalau dijadikan karier nanti, dibimbangi idea kreatif akan terbantut sebab asyik fikirkan pasal arahan dan kepuasan pelanggan, dan bukan kepuasan untuk diri sendiri. Ruang untuk berkarya dengan lebih gila babinya akan jadi terhad. Stylist rambut dan barber kedai gunting adalah dua profesion yang berbeza. Benda-benda art ni bukan semua orang boleh appreciate.

Tajuk: Gorillaz
Tahun: 2006
Medium: Water Colour (Buncho)

KAOS!: Ya, saya setuju tentang kreativiti terbantut tu, kita akan rasa terikat dengan kerja lalu hasil karya akan kurang kualitinya dan kepuasan sendiri mulai berkurangan. Sedikit soalan yang lari dari landasan seni, Apa pandangan kamu tentang politik?
Rifa Johan: Bisness politik ni aku tak minat nak fikir. Be it asalnya dia orang baik atau tak, ada wawasan atau tak, pada aku sesiapa yang memegang tampuk pemerintahan penghabisnya akan jadi macam lembu kena cucuk hidung. Akan ada juga suara-suara tak puas hati walau seutopia mana pun mekanisme pemerintahan itu dirangka. Dan kerja memangkah kertas undi ni pun satu hal juga. Macam tahi aje aku rasa. Macam tak betul. Kau rasa macam mana? Suara majoriti secara otomatik akan mewakili suara minoriti dalam sesebuah komuniti tu (katakan ada 10 orang). Tapi macam mana kalau yang majoriti (8 orang) tu terdiri daripada orang bodoh dan jahat, dan minoriti tu pulak (2 orang) terdiri daripada orang celik pandai dan baik-baik pula? Kau puas hati ke, orang bodoh dapat jadi nakhoda kapal yang kita bina (kapal itu) bersama-sama dengan susahnya? Kemudian, oleh sebab nakhoda dia bebal, kita berpusing-pusing di tempat yang sama, kapal kehabisan minyak, karam di tengah laut, kita pun mati sia-sia bersama-sama 9 orang bodoh (8 orang bodoh + 1 orang ketua orang-orang bodoh). Adil sangat ke tu? Okay, aku sucks dalam memberi penerangan, tapi macam itulah. Pucuk pangkal, pada kebijaksanaan rakyat. PRU 13 nanti aku macam tak ada hati pulak nak ambil bahagian (sebenarnya, sebab malas nak beratur panjang, haha).


KAOS!: Aku rasa memang tertindas untuk diwakili oleh majoriti dan ia jelas terserlah di dalam scene politik negara yang dipenuhi oleh badut politik yang gemar menggunakan modal murahan dalam menarik undi. Aku faham penerangan tu, lagi-lagi dengan scene parti kanan dan kiri yang jijik tapi kita kena juga memilih seseorang sebagai pemimpin kan (walau pun aku belum mendaftarkan diri sebagai pengundi dan itu sangat patetik, keh keh keh). Soalan seterusnya, how do you see yourself in the 5-10 years?
Rifa Johan: 5-10 tahun lagi, aku yakin aku dah kahwin (gila kau tak nak kahwin?). Dan mungkin ada anak (baca: anak-anak) dan sibuk dengan kerja. Dah tak ada masa nak mendoodle lagi. Oh, ye tak ye. Aku mungkin sedang mendalami ilmu agama. Tak ambitious sangat, kan? Ah, aku kesah apa, janji hati senang.

KAOS!: Masing-masing punya hala tuju sendiri sama ada tinggi atau tidak pilihan kita, sebab untuk kepuasan diri kita juga kan, bak kata kamu, janji hati senang, tapi haraplah kamu masih mendoodle lagi. Kenapa menjadikan Bobby si babi yang comel menjadi watak utama dalam kebanyakan karya kamu?
Rifa Johan: Kerja ‘bela’ binatang babi ni senang sikit. Jimat, dia makan tak memilih. Kau campak kasut buruk pun dia cekik. Bobby adalah satu ironi. Aku berusaha lukis Bobby secomel, seceria mungkin supaya orang tak perasan beliau adalah satu makhluk Tuhan yang sebenarnya hina, haram lagi kotor. Kau mesti sedar kan, dalam dunia ni, benda-benda yang pada kulitnya nampak sedap, suci, naif, comel dan betul, sebenarnya inti dia adalah palsu, sebenarnya haram, sebenarnya tak betul, sebenarnya ditegah dalam agama (contoh: Konsert amal The Pussycat Dolls). 
Entah apa la yang aku merepek ni... 

KAOS!: Tak, tak, kau tak merepek, *menggeleng*
Rifa Johan: Dan kenapa kita nak fobia dengan babi? Setiap hari sedar atau tidak, kita bergelumang dengan ‘babi’. Tak percaya, selidik buku panduan Halal Haram keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Dan percaya atau tak, kita kadangkala berperangai macam babi juga (aku je la, bukan kau. Kau orang baik-baik).

KAOS!: (dalam hati: aku pun kebabian, selalunya)
Rifa Johan: Aku sebenarnya nak kelainan. Itu saja. Kucing? Naaahhh... mereka terlampau suci dan kiut! 

Kaos!: Wow, I'm amazed with your definition of Bobby. Apa jenis reading yang kau suka kebiasaannya?
 apa jenis reading yang kau suka?
Rifa Johan:  Novel; Mesti genre thriller, pengembaraan, kekeluargaan, penyiasatan, misteri, antologi, dan ada sentuh pasal sosiobudaya setempat. Babak cinta, kekejaman, magis dan berahi kena ada juga, tapi tak usah banyak sangat. Imaginasi aku tak berapa wild, takut-takut tak ter‘tangkap’ pula nanti. Dan aku tak suka cerita hantu. Nanti takut nak masuk bilik air.
Komik; Semua boleh. Aku suka karya Junji Ito juga. 
Majalah; NatGeo, Readers’ Digest, majalah komik. Majalah retis seperti Manggis aku tak baca. Ilmu dia tinggi sangat sampai tak tercapai dek akal (haha).
Suratkhabar; Akhbar sisipan dan seksyen berita luar negara. Yang seksyen lain, aku buat balut tempe je, Semah.
Lain-lain: Kalau dah bosan sangat, kamus pun aku baca. Botol syampu, tiub ubat gigi, plastik isi belacan pun layan jugak.
Sesi temubual dah habis kah? Okay, terima kasih banyak-banyak KAOS!. Semoga kamu orang semua sukses selalu!

Tajuk: Gadis dan Gogal
Tahun: 2009
Medium: Primitif


Kaos!: Belum habis lagi, keh keh, mind to share few of your artworks untuk diterbitkan di KAOS!? dan kenapa blog dinamakan sebagai peti harta karut?
Rifa Johan: Aku tukar ‘karun’ kepada ‘karut’ sebab ‘karun’ ialah Qarun. Qarun orang jahat. Aku tak mahu jadi macam dia. Dia ada banyak harta tapi dia zalim dengan pemberian Tuhan. Dia jadi sombong dan ada banyak musuh disebabkan kekayaannya (jangan-jangan sebab dia tak reti buat belanjawan). Sedangkan, dalam Peti Harta Karut aku punya, kalau kau buka peti tu, kau akan jumpa segelas air teh tarik dengan buih 1.5 inci, sebiji bantal, kertas putih dan pensel. Miskin. Haha. ‘Harta-harta’ mengarut, simpan dalam satu tempat bernama peti. Jadilah Peti Harta Karut! =.,=

KAOS!: Aku perasan jalan cerita kebanyakannya digarapkan kisah-kisah masa kecil dan terdapat puisi serta quote-quote yang digarapkan dalam artwork, entri mana yang memang paling meaningful untuk kamu?

Rifa Johan: Kisah masa kecil? Aku rasa macam tak ada sangat… *garu lengan* Entri yang memang paling meaningful bagi aku ialah ‘HUJAN’. Sebab; Puisi tu aku buat masa tengah hujan lebat pada tahun 2007 (aku suka hari hujan), dan masa tu aku tengah kecewa pasal apa entah tak ingat, lukisannya pulak aku buat tahun ini (2011), sebulan nak siapkan, guna charcoal (habis hitam legam tangan, susah-payah aku buat), tema dia di ambil dekat tepi pantai (aku suka pantai), seorang perempuan yang dirundung mendung, hidup dia gelita, alone (sebab tu guna charcoal), dia hampir lost dalam hidup, akhirnya menyambut tangan dari seorang lelaki (boleh jadi savior dia, boleh jadi ‘God’, boleh jadi pertolongan, sekadar simbol), she found comfort dalam kejadian hujan tu, melihat hujan sebagai satu rezeki kerana selepas habis hujan, pasti datang pelangi yang cantik dan hari pun cerah. Dia jadi positif. Gitu la… haha. Shit, baru aku sedar aku ni loser. 

Tajuk: "Yo dude, wassap?"
Tahun: 2009
Medium: Primitif

KAOS!: Wow, aku pun suka entri Hujan tu, jadi, setakat inilah temubual kita, dan aku dapati perwatakan kamu sangat menarik, terima kasih dengan kerjasama serta toleransi kamu, keep rocking Peti Harta Karut ya!
Rifa Johan: Ya, kamu juga! :)

Sekian, sesi Awek Komikus berakhir dengan cerianya di pelantar alam maya. Jadi, siapakah Cowok Komikus yang seterusnya? Tunggu!

7 comments:

± said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

way to go, luc & rifa! temubual yg gila cool kot. part paling aku suka adalah kenapa karekter babi yg dipilih sebagai bobby yg comel itu.

stroke lukisan yg sgt pro, mcm manga dlm entri hujan

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

apa yang aku buat kat sini ni oh tidak~~~

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

-.-' keh keh keh

Abang Zam said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sangat pro sial
kehkeh. nice nice

± said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

keh keh keh. kena interbiu banyak2 kali lagi ni dia ni, luc. kita buli che pa!

Aujinz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sangat respek.. dan aku susah nak percaya dia tak guna photoshop..

tabik!

± said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aujinz pun nak kena interbiu. katon ang comey2 belaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...