Secara personal, aku amat kagum dengan pelukis yang mampu melemparkan kreativiti mereka dalam lakaran yang bertemakan surrealisme. Contohnya siri-siri lukisan dari Abang Zam seperti yang korang dapat tengok kebelakangan ni. Aku sendiri sebenarnya tak mampu capai tahap menghasilkan sesuatu lakaran yang tinggi imaginasinya dan luar dari kebiasaan.
Apakah maksud surrealisme dalam aliran seni lukis?
"Lukisan aliran surrealisme ini kebanyakan menyerupai bentuk-bentuk yang sering ditemui di dalam mimpi dan sebenarnya bentuk dari gudang fikiran bawah sadar manusia. Pelukis berusaha untuk menbebaskan fikirannya dari bentuk fikiran logis kemudian menuangkan setiap bagian dari objek untuk menghasilkan sensasi tertentu yang bisa dirasakan manusia tanpa harus mengerti bentuk aslinya. Salah satu tokoh yang populer dalam aliran ini adalah Salvador Dali" - dipetik dari Wiki Indonesia.
Jadi, kali ni aku akan tampilkan lakaran yang dikatakan bersifat surrealisme dari seorang pelukis yang berasal dari Indonesia, Bagas Purna Hatmaji. Aku dapat lakaran ni sebenarnya dari salah seorang kawannya di sini.
Karya: Bagas Purna Hatmaji
Tajuk: Kebersamaan
Medium: Ballpen
Kalau ada di antara korang yang pernah baca komik Aie tak lama dulu, beliau ada tampilkan dua orang pelukis dari Indonesia dalam komik itu iaitu Beng Rahadian dan Bagas Purna Hatmaji. Kedua-dua komikus dan pelukis ini lebih gemar melakar komik bersifat eksperimental dan kadang-kadang mesejnya terlalu abstrak dan hanya difahami segelintir orang.
Tajuk lakaran yang sepenuhnya dilukis dengan hanya menggunakan ballpen ini adalah 'Kebersamaan'. Dalam istilah Indonesia, ia bermaksud hal bersama atau togetherness. Kalau korang rajin, boleh usha makna kebersamaan itu dengan lebih mendalam dari penulisan-penulisan mereka contohnya di weblog ini.
Kalau ditanya dari pandangan peribadi aku, kebersamaan ini sangat jelas terpancar dalam kehidupan masyarakat Indonesia itu sendiri. Biar bangsa atau agama apa sekalipun mereka, biasanya mereka bertutur dalam bahasa yang sama dan fasih sekali dalam urusan harian. Kadang kala kita sendiri tak dapat bezakan sama ada mereka Cina, Jawa, Bugis atau Batak (sebagai contoh).
6 comments:
nais!
cantik sangat.
lawa lawa. macam gambar dalam mimpi
nice nice.
darkhalf pun terer ape.
!sian
aku nak komen nais tapi luc dah komen dulu. hakhakhak
aku pun nak lukis macam nie gak laa..
aujinz, bila lagi nak hantar komik kau yg comey2 tu?
Post a Comment