Teknik pembikinan filem stop motion dan cutout animation yang telah lama dipopularkan oleh penggiat animasi, filem pendek dan independen tidak lama dahulu kini kembali hangat dalam kebanyakan klip video, iklan dan siri animasi televisyen.
Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu, ia bermaksud 'menghentikan gerakan'. Stop motion adalah teknik membuat animasi di mana sesuatu objek fizikal atau gambar dirakam pergerakan-pergerakan kecilnya lalu dimainkan keseluruhan gerakan kecil tadi membentuk suatu ilusi pergerakan yang berterusan. Contohnya seperti klip video terbaru Coldplay, Every Teardrop Is A Waterfall. Biasanya teknik stop motion dikaitkan dengan animasi yang kelihatan 'dark' seperti dalam klip video lagu Us oleh Regina Spektor dan lagu Are We Still Married oleh band His Name Is Alive.
Di antara beberapa nama yang terkenal di kalangan penggiat animasi stop motion adalah Jan Svankmajer, Brothers Quay dan Tim Burton. Jan Svankmajer dan Brothers Quay lebih banyak menumpukan kepada filem animasi pendek yang bersifat surrealisme. Manakala Tim Burton di awal pembabitannya dalam dunia perfileman, banyak menghasilkan filem animasi stop motion, salah satunya adalah Vincent. The Nightmare Before Christmas dan Corpse Bride adalah di antara filem-filem stop motion karya Tim Burton yang berjaya mengangkat namanya sebagai pengarah filem dalam kelasnya yang tersendiri.
Apa pula yang dimaksudkan dengan cutout animation?
Apa tu stop motion?

Rancangan kanak-kanak juga tidak terkecuali dengan animasi bebentuk stop motion ini. Salah satu siri animasi kanak-kanak terawal yang menggunakan teknik ini adalah Gumby. Tanah liat (plastersin) atau puppet biasanya digunakan untuk memudahkan perubahan-perubahan gerakan yang dilakukan untuk membentuk keseluruhan cerita. Hari ini, teknik stop motion telah dimanipulasi dengan berbagai cara termasuk seni grafiti oleh BLU. Sila tonton video di bawah. Sangat menarik bukan?
Apa pula yang dimaksudkan dengan cutout animation?
Animasi Cutout adalah satu teknik untuk menghasilkan animasi yang menggunakan latarbelakang, props dan karekter yang rata. Rata bermaksud bahan-bahan yang digunakan biasanya dipotong daripada kertas, kad, fabrik ataupun gambar/foto. Quirino Cristiani dari Argentina dipercayai adalah di anatara pelopor terawal filem-filem animasi animasi cutout. Contoh animasi cutout yang terkenal sekarang adalah siri tv kanak-kanak, Wonderpets.
Hari ini, animasi cutout sering dihasilkan menggunakan komputer, dengan imej yang telah diimbas atau grafik vektor mengambil tempat bahan-bahan fizikal lalu dipotong. Siri South Park adalah satu lagi contoh yang ketara (walaupun episod pertama telah dibuat dengan cutouts kertas sebenar). Selain itu, siri Anaconda Angela dan Charlie and Lola juga menggunakan kaedah yang sama tetapi telah dipermudahkan dengan penggunaan perkakasan komputer seperti Maya dan Corel Draw. Salah seorang penggiat animasi terkenal yang masih menggunakan teknik cutout tradisional adalah Yuriy Norshteyn.
Kesimpulannya, stop motion dan cutout animation adalah saling bergantungan. Stop motion merujuk kepada teknik animasi di mana pergerakan-pergerakan kecil yang dirakam lalu dimainkan keseluruhannya membentuk suatu penceritaan. Cutout animation lebih sesuai dikatakan sebagai teknik penggunaan bahan yang bersifat rata (seperti kertas dan bukannya boneka atau elemen fizikal 3D) sebagai props dan karekter dalam penghasilan animasi bersifat stop motion.
Video-video di atas menonjolkan variasi dalam animasi stop motion. Graffiti oleh BLU adalah teknik yang sangat kreatif selain teknik cutout yang digunakan dalam siri Anaconda Angela di atas.
Bagi yang berminat, mungkin anda boleh bikin pula video perkahwinan atau merakam apa-apa saja momen menarik dengan teknik yang telah kami paparkan kali ini. Pasti ada kelainan dan lebih unik hasilnya.
4 comments:
my name is Angela hey helooooo
welcome to my very own shooooow
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=IOu0DuxFAT0
best jugak yang ni :D
vid second tu. pehh
@martini
hahaha..peminat angela rupanya
@lavender
nice. peh, guna kekacang lagi
Post a Comment