Kreativiti tanpa batasan... bila saja kita menatap hasil kerja artis jalanan ini, tak hairanlah kalau mereka dapat mengeksploitasikan bakat yg ada. Kerjasama dari pihak berkuasa sangat penting untuk menjayakan sesuatu 'misi' walaupun ada di antara artis jalanan ini main belasah je conteng-conteng jalan orang tengah lalu lalang secara illegal. Salah sorang artis jalanan, Julian Beever dari UK atau lebih dikenali sebagai 'chalk artist' menggunakan medium kapur pastel (chalk pastel) dan teknik yang dipanggil anamorphosis untuk membentuk pavement art dalam pandangan 3 dimensi bila dilihat dari sudut tertentu.
Julian Beever...boleh usha banyak lagi pavement art yang cool di sini |
'Lava burst' yang gila cool di Geldern, Germany |
'The Crevasse' yang dihasilkan di Dun Laoghaire, Ireland sempena Festival of World Culture |
Mungkin kerajaan negara kita juga boleh mengambil inisiatif yang sama dan menganjurkan festival kesenian yang boleh menarik golongan muda seperti yang banyak dianjurkan di luar negara. Sebagai permulaan, di Kuala Lumpur misalnya, pihak berkuasa sudah mula bertoleransi dan kini disediakan satu kawasan khas bersebelahan Sungai Klang berdekatan Pasar Seni untuk membuat graffiti.
Sumber: http://www.metanamorph.com/, http://www.dailymail.co.uk/
5 comments:
dekat malaysia tak boleh abang.ni vandalisme abang.keh keh~
aku pernah pasang cita-cita nak buat ni, 3d type grafitti on the road.
Gambar yang 1st, orang yang tersenyum dekat atas tu betul betul orang ke lukisan? kenapa muka dia macam kartun. kah kah kah
@bujal X
malaysia memang tak sporting
@Lucifer
kena angkat geng kot kalau nak buat cmni. kalau kena tangkap, ramai2 masuk lokap..hehe
@zombie
aku rasa mamat tu pakai topeng muka sebenar kau, zoul
aku keliru ar yg botol coke tuh
Post a Comment