Filem Adaptasi Komik: The Crow

The Crow adalah satu lagi watak dark dalam dunia komik selain Hellboy dan Ghost Rider. Apa yang menariknya tentang The Crow, dia bukan watak superhero macam Batman, X-Men ataupun Spiderman. The Crow lahir dari roh Eric Draven yang penuh dengan dendam dan kesedihan. Menurut suatu mitos, gagak dapat mengembalikan roh yang tidak tenang untuk memperbetulkan keadaan. Ini dapat didengar di permulaan cerita bila seorang kanak-kanak, Sarah berkata:
"People once believed that when someone dies, a crow carries their soul to the land of the dead. But sometimes, something so bad happens that a terrible sadness is carried with it and the soul can't rest. Then sometimes, just sometimes, the crow can bring that soul back to put the wrong things right."
-The Crow

Filem yang diadaptasikan dari komik The Crow karya James O' Barr ini pernah dijadikan siri tv dan difilemkan beberapa kali oleh pengarah dengan judul yang berbeza antaranya The Crow: City of Angels (1996), The Crow: Salvation (2000), The Crow: Wicked Prayer (2005), The Crow: Stairway to Heaven (1998). Berbanding filem-filem The Crow yang lain, arahan Alex Proyas dalam The Crow (1994) dikatakan lebih gothic dan mantap serta menandingi karya asal tetapi James O’Barr menganggap pengubahsuaian dalam jalan cerita itu hanya menjadikannya kelihatan lebih mainstream.
The Crow (1994)
[Versi fiem] Mengisahkan Eric Draven, seorang rocker yang mempunyai sebuah band, Hangman’s Noose tinggal bersama tunangnya, Shelly Webster di Detroit, sebuah bandar yang digambarkan dengan masalah sosial, dadah dan kongsi gelap. Sehari sebelum hari perkahwinan mereka (pada malam Devils Night, iaitu sehari sebelum Halloween), apartmen Eric dicerobohi sekumpulan samseng dan dalam kejadian itu, Eric telah ditikam dan ditembak tapi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dia dapat melihat Shelly dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. Eric yang dihumban keluar dari tingkap apartmennya, mati di tempat kejadian sementara Shelly meninggal selepas 30 jam di hospital.

Setahun berlalu.

Roh Eric Draven bangun dari kubur untuk membalas dendam dengan pertolongan seekor gagak (crow) dan menggelarkan dirinya The Crow. Babak-babak seterusnya penuh dengan aksi berbunuh-bunuhan, tembak-tembak dan lawan-lawan sesuai dengan niat asal Eric iaitu menuntut bela atas kematiannya dan Shelly.
Antara babak yang agak menarik perhatian aku adalah semasa Myca, kekasih ketua samseng, Top Dollar mengorek mata mangsa mereka dan memanggangnya di atas sudu. Huhu…The rest korang kena tengok sendirilah, baru terasa thrill.


Walaupun ada beberapa plot dan lokasi telah dirombak dari cerita asal dalam komik, contohnya lokasi kematian Shelly dan Eric, tapi ia tak menjejaskan keseluruhan jalan cerita dalam filem ini.

Brandon Lee
Brandon Lee, anak kepada Bruce Lee yang memegang watak Eric Draven dan The Crow terbunuh semasa aksi tembak menembak di dalam salah satu scene dalam filem tersebut. Walaupun media melaporkan ia adalah satu kemalangan tapi banyak spekulasi dibuat berkenaan kematian Brandon Lee.

Khabarnya, sejak dari tahun 2009, sequel The Crow sedang rancak dalam proses pembikinan di bawah arahan Stephen Norrington. Dia turut menjemput Nick Cave untuk proses script rewriting dan bakal ditayangkan pada tahun ini. Tak sabar betol nak tunggu sequel terbaru ni, harap-harap lebih hebat dari The Crow (1994).


The Crow (1994) Trailer

p/s: “it can’t rain all the time...”

5 comments:

Lucifer said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Antihero, noir.



dark half. fuh.

lavender harum wangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mohon link untuk download, ada?

Khry Hnry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

negative hero

Dark Half said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

download link:
http://www.filestube.com/baoUkHU2TySfkH6LonurkP/The-Crow-1994-DVDRip-WwW-MaZiKa2daY-CoM.html

nasyrun said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yang first tu aku tonton melalui vhs
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...