COREPEPS Artzine

Sebagai pembuka tirai KAOS!, mari berkenalan dengan sebuah artzine yang diberi nama COREPEPS. 'Corepeps' adalah singkatan yang diambil dari 'Core People' atau 'Manusia-manusia Kental'. Arul sebagai mastermind merangkap editor COREPEPS juga 'didalangi' oleh 3 lagi orang kuat iaitu Azmal (art director/designer), Erwan (graphic designer) dan Takara (art designer).

Ada berbagai karya seni termasuk komik, lukisan berkonsep surreal, artikel dan isu semasa berkaitan aktiviti bawah tanah termasuk penggiat muzik dan band, certot, ulasan filem, muzik dan temubual dengan pelukis, pemuzik dan penulis. Kalau korang nak try usha artzine yang gerek ini, boleh download COREPEPS isu #5 di Koleksi Zine.

Semasa artikel ini ditulis, COREPEPS telah pun merilis 7 isu semanjak diasaskan oleh Arul pada awal tahun 2000. Seperti kebanyakan fanzine bawah tanah yang lain, artzine ini juga dijayakan oleh kontributer-kontributer yang terdiri dari kawan-kawan dalam dan luar negara antaranya Jambang, LETO dan BO (Spain), Bob Crouch (USA), Cikgu Sayfol, Tiyoon, Azmal (Plague Of Happiness), Moon, Man CM, Dwen, Bob CM, Fathul , Jebart, Hasren Ismail (Uneh), Morphosis, Bebudak Kelas 5 Jingga (K2A), Miss Fynn, M.Jayzuan dan Akim Rantai.

Menurut angkatan COREPEPS, artzine yang dirilis secara D.I.Y (do-it-yourself) bertujuan untuk berkongsi ideologi, passi dan impian yang selari di kalangan rakan-rakan pencinta seni dengan berpegang pada kata-kata,
"Ketulusan berkarya dengan imaginasi yg total bebas dan tidak terlalu kritikal rombakannya lalu didambakan dengan sentuhan deformasi otak kiri".


Sebagai salah satu medium aktivis seni, COREPEPS ingin wujudkan suatu perubahan gaya hidup atau cetusan budaya baru yang mereka sebut sebagai Deformasi Seni. Contohnya, jika korang berada dalam bidang arkitek, cubalah beralih kepada dunia komik. Penggiat seni muzik mungkin boleh berevolusi kepada sesuatu seni yang lebih bebas (free art) atau menjadikan gaya hidup 'suka-suka' kepada suatu budaya dengan meneroka gelombang idea-idea baru.

Artzine berukurukan A5 yang biasanya dijual dengan harga RM5 - RM6.50 (percuma stiker) boleh didapati di Kedai Untie & Uncle (Campbell), Malaya Distro di Putrajaya dan Music Land di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Untuk info lebih lanjut, sila ke http://www.myspace.com/corepeps

COREPEPS juga ingin mencari generasi pelapis yang mereka namakan Corepeps Chronicles untuk meneruskan legasi mereka. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga COREPEPS atau sekadar ingin memesan isu terbaru, boleh emel ke warong_kopi@yahoo.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...