Cubeecraft: Kraf Kertas 3 Dimensi

Kami pasti ramai yang biasa dengar apa itu origami atau pernah membuat origami itu sendiri. Menurut Wikipedia, istilah origami bermaksud 'lipatan' di mana kertas adalah bahan asasnya. Origami yang dikatakan berasal dari Jepun pada pertengahan kurun ke-17, mula diperkenalkan di negara-negara luar pada pertengahan tahun 1900-an. Tujuan penciptaan origami adalah untuk mentransformasikan imej datar kepada model berstruktur atau 3 dimensi (3D). Jika ia melibatkan penggunaan gam, maka itu tidak dianggap sebagai seni origami. Asas origami juga dikatakan menjadi sumber rujukan dalam banyak bidang termasuk struktur kejuruteraan dan pembungkusan produk.




Ramona Flowers cubecraft
Hari ini, ramai orang semakin obses dengan objek 3D termasuk dalam penghasilan filem dan animasi kerana sifatnya yang lebih realistik. Kraf kertas juga tidak terkecuali. Pelbagai bentuk kraf kertas atau papercraft yang berasaskan origami telah dimodenkan, antaranya termasuklah model kertas (paper model) dan cubee craft yang mula mendapat tempat di kalangan penikmat pop art. Sebuah laman web cubeecraft.com menawarkan pelbagai watak siri kartun dan anime, ikon terkenal dan watak-watak dalam filem dan permainan video di mana para penggemar cubeecraft hanya perlu muat turun pelan rangka (template) watak yang disukai, cetak, potong dan lipat mengikut arahan yang disediakan dan Voila!, terhasillah sebuah patung kertas 3 dimensi berkepala kiub yang sangat comel seperti yang korang dapat lihat disini.


Camner Nak Buat Sendiri 3D Paper Model?



Paper model hasil perisian Pepakura
Walaubagaimanapun, bagi 'penggila' sejati kraf kertas, mereka lebih suka mencipta sendiri objek-objek 3D ini dari mula kerana ia lebih menyeronokkan dan mencabar kreativiti diri daripada memuat turun ready made template (pelan rangka yang sedia untuk diguna) seperti yang terdapat di cubeecraft.com.

Di antara perisian yang kerap digunakan adalah Adobe Illustrator, Rhino 3D, 3DS Max, Blender, Pepakura, Waybe dan Ultimate Papercraft 3D. Tutorial mudah untuk membuat kraf kertas 3D boleh juga dibaca di matthijskamstra.nl.

Kraf kertas 3D ini boleh dijadikan hobi masa lapang yang jauh lebih rendah kosnya. Ia juga sesuai dijadikan hadiah yang unik buat seseorang ketika poket tengah mengalami musim kemarau. Murah tetapi sangat istimewa apalagi kalau objek yang dihasilkan berupa orang yang paling dekat dengan hati korang.

5 comments:

Lucifer said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku tengah nak lukis watak sendiri. -.-"

KAOS! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau ada pembaca KAOS! yg mencuba cubecraft ni, hantar la gambar paper toy korang kepada kami, orait?

KAOS! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@lucifer
hah..elok sangatlah tu,luc (:

Kontrol Histeria said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

i heart ramona~~

lavender harum wangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ramona's here. lulz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...