Doodle oleh Nizam

Karya: Nizam
Tajuk: -
Medium: Pen


Apa itu doodle?
Menurut Wikipedia, istilah doodle berasal dari bahasa Jerman, dudeln yang bermaksud 'memainkan'. Doodle yang didefinisikan sebagai coretan atau contengan biasanya dibuat ketika seseorang itu tidak terlalu fokus dengan apa yang sedang dilakukan. Contohnya, doodle yang dihantar oleh Nizam seperti yang dapat kita lihat di sini. Katanya, ketiga-tiga doodle ini dilakukan ketika mengikuti PLKN. Kertas nota yang dijadikan 'mangsa' contengan itu dah cukup sebagai bukti. Haha..

Doodle juga boleh dianggap sebagai lukisan mudah tetapi berupaya memberi makna yang konkrit mahupun abstrak. Contoh doodle yang paling stereotaip dijumpai dalam buku nota sekolah, biasanya dalam kertas bergaris margin yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang berkhayal atau kehilangan minat semasa berada di dalam kelas. Kadangkala bila seseorang sedang asyik melayan satu perbualan telefon yang panjang, dia juga terdorong untuk berdoodle jika terdapat alat tulis dan sekeping kertas berdekatan dengannya.


5 comments:

Haikal Blank said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha bila kebosanan ketika di kelas atau dewan kuliah, lukisan gaya ini amat membantu dalam manahan mata dari tidur. hehe

lavender harum wangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lulz, hebat!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cool! aku dah buang aku punya.

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lukisan nombor 2 smart !

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh,maksudnya,doodle nombor 2 yg smart
:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...