Sentuhan Kuno Deformasi Peribadi oleh Naj

Karya: Naj
Tajuk: Sentuhan Kuno Deformasi Peribadi
Medium: Sekeping kertas A4 berwarna hijau, pensel mekanikal 0.7mm, pakej tangan kanan dan kamera touch-screen LG version entah apa-apa.


Pokok, atau dalam bahasa Melayu murtad ialah tree. Kalian pernah dengar family-tree? Kalau tak pernah dengar, buat-buat macam pernah dengar, ya. Lukisan ini bertemakan Family Tree, aku lukis semasa aku di tingkatan 5, yang mempunyai tag-tag nama 'keluarga' yang tergantung pada sebatang pokok. Aku hanya menggunakan teknik garisan, yakni teknik asas bagi menghasilkan sesebuah lukisan, teknik ini diajarkan cikgu semasa tingkatan 1.

Sesebuah lukisan sebenarnya punya cerita tersendiri. Sama ada cerita gembira, cerita sedih, ataupun cerita cinta. Eceh~ Dan, begitu juga dengan kisah lukisan yang datang dari jari-jemari runcing aku ni. Aku punya cerita tersendiri. Kalian mahu tahu ceritanya?

1) Jika dilihat sekali imbas, mata akan tertancap pada kubur bertulis R.I.P. Di situ, kalian akan lihat tag nama Zazaa yang terputus dan terkeluar dari Family Tree lalu jatuh tepat pada kubur. Al-kisahnya, si empunya diri telah membuat onar yang tak dapat diterima seluruh keluarga (kelas). Walaupun sudah dimaafkan, parut dan bekas luka masih terkesan.


2) Sesebuah lukisan juga boleh menjadi perantaraan komunikasi bagi menggambarkan peribadi seseorang. Self-expression.

Contohnya, lihat pada tag nama Ili, di situ anda akan lihat seorang gadis bersama seekor siput. Dalam kelas, nama samarannya adalah Sipot kerana tindak tanduknya yang lambat dan lembab. Lain pula kisahnya dengan Hanes, yang sedang bersama seekor kucing. Tanda diri beliau punya sifat peri-kekucingan.

Lihat pula tag nama Naj yang memaparkan seorang gadis sedang memegang speaker. Mungkin si Naj ini suka menjerit atau melalak, 'speaker dewan', penghebah internasionalle lagi professional seantero alam, siapa tahu ye dak?


3) Seperti contoh-contoh di atas, dari pemerhatian aku mentafsir tindak tanduk, sifat dan perangai mereka, lalu aku dokumentasikan memori antara aku dan mereka pada kertas A4 ini. Melalui hard-copy ni, aku dapat recall semula perangai-perangai sahabat sekelas aku.

Contoh, tag nama Yasin bersama screen besar bertulis SUNSILK. Tafsirannya mudah, Yasin bercita-cita mahu menjadi seorang model, memperagakan rambut. Jujur, rambutnya sangat cantik, kalah Maya Karin, Megan Fox, dan awek-awek kalian.

Lihat pula tag nama Arif. Al-kisahnya, Arif sangat gemar memakan tempe, setiap kali menu tempe di Dewan Selera maktab, dialah orang paling bersemangat. Jadi, aku paparkan di situ, sebuah syarikat penghasilan tempe, mungkin saja menjadi cita-citanya.

Mungkin hasil tangan ini tidak seberapa, atau tidak menonjol pada mata kalian. Cumanya, nilai sesebuah lukisan itu adalah subjektif. Atau seperti kata arwah, beauty lies in the eyes of beholder.

Sekian. xoxo.

Dihuru-harakan oleh Naj (http://superbtitanium.blogspot.com/)

10 comments:

KAOS! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lukisan macam ni memang ada sentimental value

Haikal Blank said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wajib diframe di bilik.

zoul yazix said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ah terkesan sungguh cerita lukisan ini walaupun ianya tak ada kena mengena dengan aku.

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku terkesan sanam dengan setiap nama punya ikon orang hitam yang lain-lain. hurm.

catherine- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice naj!

lavender harum wangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wohoo~

NAJ HEBAT said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah wah wah.

ada yg terkesan dengan lukisan berkurun lama aku.

hiks.

± said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak tanya, apsal yg nama hanif tu macam pening2 lalat?

NAJ HEBAT said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

er.. er...

itu keaiban.

sebab tu aku tak ceritakan.

waha!

Lee Zha said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kreatif gila. suka! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...