Sesi Mendera The Sharkox Bersama AR

Kali ini AR mewakili KAOS! telah menerjah Ashraq atau lebih dikenali sebagai The Sharkox. Seorang freelance illustrator yang banyak menghasilkan karekter yang comel-comel. Ia mengingatkan kami kepada watak-watak kartun karya Craig McCracken seperti Powerpuff Girls dan Foster's Home For Imaginary Friends. Tapi jangan salah faham, Sharkox punya stroke yang tersendiri. Apa lagi, mari kita dengar (baca: baca) soalan-soalan maut dari AR yang diajukan kepada beliau.


Karya : TheSharkox 
Tajuk : OlSkool
Medium : Adobe Illustrator, Tetikus Optikal dan Tangan Kanan
Tema : Siapalah USB Thumbdrive Tanpa Disket. Sayangilah Warga Emas. 1Warga EMas 1Tongkat
Deskripsi : Lukisan Digital


KAOS: Hello Hai Apa Khabar?
The Sharkox: hai..Kabare, waras..

KAOS: Kami dari KAOS mendapati blog anda menarik untuk diterjah, jadi siapa orang disebalik The Sharkox ini?
The Sharkox: Nama saya Muhd Ashraq Salahuddin panggil saja Ashraq.

KAOS: Ashraq dan The Sharkox? Agak jauh di situ, kenapa The Sharkox dan bukan The Ashraq?
The Sharkox: Sebab sy dipanggil Shaq semasa di Uni dulu.

KAOS: Justeru itu apa kaitan Shaq dan Sharkox?
The Sharkox: Semasa belajar dahulu saya suruh panggil saya Shaq, dan Shaq diterima ramai,bila saya ada friendster saya letak nama Ashraq 'Shaq' Salahuddin, Ah poyo pulak rasa! Jadi saya ubah sikit ejaan jadi Shark, bukan Shark KL Gengster ya.

Dan nak bertambah lagi poyo, saja letak XOXO kat belakang, SharkXOXO agak jengkel bukan? Maka edjas sikit menjadi SharkOX. Disitulah bermula jenama The Sharkox, yang 'The' tu pulak saja tambah bagi nampak kacak sikit.

Sebenarnya dah lama tunggu soalan ini, akhirnya KAOS! jugak yang tanya!



KAOS: Bagus, oleh sebab saya cantik, boleh saya tanya dulu awak belajar di mana? ambil jurusan apa?
The Sharkox: Oh, saya dimatrikulasikan di Changlun, di degreekan di UUM dan kini disarjanakan di Northern University of Malaysia, Sintokholm. Masa degree dulu saya ambil Kos Multimedia.

KAOS: Oh jadi Kos Multimedia itu mengajar awk melukis karikatur sebagaimana yang terdapat di The Sharkox?
The Sharkox: Ahh di sana tak ada siapa yang menekankan untuk belajar melukis.Di sana semua benda kena belajar sendiri. Btw, saya memang suka melukis sejak kecil. Dalam family, cuma mak dan saya yang boleh melukis. Melukis kartun adalah hobi ketika kecik. Saya dibesarkan semasa zaman kegemilangan UJANG. Saya banyak meniru lukisan kartun dari situ.

Sehinggakan bapak saya panggil saya Mat kartun. Pernah jugak bercita-cita nak jadi kartunis, tapi bapak tak bagi.

Bagi menjawab persoalan di atas, saya belajar melukis sendiri dari kecik menggunakan pen dan pensel sehingga dah besar menggunakan mouse.



KAOS: Ini menarik, boleh lampirkan 2 3 keping gambar hasil lukisan awak sendiri menggunakan pen atau pensel?
The Sharkox: Takde, entah kemana-mana hilang

KAOS: Awak ini, tak pandai menghargai betul! Jadi berbalik kepada isu melukis, software apa yang digunakan di The Sharkox?
The Sharkox: Saya melukis sepenuhnya menggunakan Adobe Illustrator dan mouse. Ye, menggunakan mouse pad sebab saya masih belum mampu pakai graphic tablet. Menggunakan mouse agak mencabar dan menjengkelkan. Hahaha.

KAOS: Explore sendiri ke Adobe Illustrator tu? Atau dah ada basic semasa belajar dulu? Sebab saya suka belajar benda melalui YouTube.jadi bagaimana?
The Sharkox: Explore sendiri.Serius saya cari tutorial dari website.Youtube juga berguna. Jangan malas-malas cari tutorial. Hehehhehe


KAOS: Oh ya, bercakap isu kartun, khabarnya awak ada amik order untuk design header blog mahupun karakter kartun? Kalau ada bolehlah kongsikan sikit.Bhehehe
The Sharkox: Sekarang saya ambil tempahan baut karakter saja. Header saya tak buat. Pasal apa tak buat? Biarlah orang lain yang buat, saya lukis kartun udah le.Hehehe. Nah sebahagian dari request klien :
HEADER
KAREKTER
Cas harga standard, satu karakter RM15, item tambahan RM3. Heheh. Tak boleh murah lagi, nanti orang marah.
KAOS: Hahaha, apa harapan awk ada blog bergenre komik dan penyampaian melalui kartun??
The Sharkox: Harapan saya? Mestilah nak The Sharkox femes macam conteng-conteng.com, akiraceo.com, bolehland.net dan lain-lain. Lepas tu kalau dapat masuk paper mesti lagi best kan? Hahahah. I'm working on it.

KAOS: Ok, hampir ke penghujung. Selain mensarjanakan diri, apa lagi awak buat sekarang?
The Sharkox: Jual kasut. Hahahah. Silalah lawat Abangkasut.com. Nak kahwin punya pasal dah tahap wajib kawin tapi duit takda. Hahahah.

KAOS: Baiklah itu sahaja! Terima kasih The Sharkox!
The Sharkox: No biggie. thanks KAOS! kerana sudi interbiu Thesharkox.com, saya amat menghargainya!

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Stroke matanya paling menyerlah.

Nurarnida Sabrina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

awesome!

The Sharkox said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oho...sudah keluar rupanya...

Yep, memang stroke saya dipengaruhi stroke dari kartun2 Amerika dari kartun2 cartoon network dan nicklodeon.

Pasal apa guna style amerika? pasal saya tak berapa berkenan dengan stroke manga dari jepun. sampaikan semua benda nak dijepunkan. Tambahan lagi, Stroke style amerika lebih simple.

Oh, kalau tempatan, saya suka stoke malaysian style dari kartunis2 majalah ujang seperti AIE, Dee dan Maro (Utusan Malaysia), Imuda, Datok Lat dan beberapa nama yg tak sempat nak recall.

Bukan stroke sperti pelukis dari GempakStarz.

hamzah ian said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baru ku tau ada xoxo...

kah kah kah!!

EjamOthman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus hasil kerja tangan the sharkox ni, simple tapi menarik...
terjumpa blog dia sblom ni pun hasil dr pendedahahan topotato dalam interview gengblogger..

KAOS! said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@The Sharkox
setuju dgn kau. sekarang boleh kata ramai yg terpengaruh dgn manga dan anime dari Jepun termasuk pelukis komik dari Malaysia. Macam hilang identiti atao originaliti.

Abang Zam said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oh naisssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...